Terima Kasih Ibu Dan Ayah



Ibu dan bapaku. Mesti ramai macam terkejut bila aku cakap yang ayah aku dah nak masuk 70++ n mak aku dah 60++ umurnya. Dan mereka tetap kuat dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang ibubapa walaupun dilanjut usia. Tak pernah merungut kalau anak memerlukan sesuatu.

Dan aku memang terkenal dengan perangai memberontak aku dan aku pun jenis yang suka break de rules. So, aku memang tak dapat lari daripada buat salah dekat kedua ibubapaku. Mungkin aku selalu mengata belakang atau simpan dalam hati sebab tension asyik kena blame dekat benda yang tak dibuat or else. Biasalah kan. Lagipun parent aku nie orang lama. Yelahkan, umur pun dah lanjut. So cara didikan macam jenis old skool lah. Kalau buat salah jek memang kena sumtin dengan fizikallah. Tapi semua tuelah yang membuatkan aku jadi 'orang'. Terima kasih mak ayah.




Kita sebagai seorang manusia memang tak dapat nak lari daripada kesilapan. Sama macam ibubapaku dan aku juga. Ada melakukan kesilapan. Ada yang ditegur dan ada yang dibiarkan begitu sahaja. Dan macam biasalah prinsip ibubapa, always right! Kalau diorang dah betul tue. Janganlah nak melawan lagi. Memang carik mautlah. Mungkin diorang ada salah. Tapi for sure diorang nak menang jgkkan :D haaa, korang nak taw bila parent taw yang apa anak dia cakap tue betul? time diorang nak tidur. Nanti diorang akan bincang pasal anak diorang. Time tuelah diorang akan muhasabah diri sendiri n try figure it out mana yang betul dan mana yang salah. Haa, ada ciri2 parent baik  tak aku ni?




Terdetik aku nak tulis post nie bukan utk berleter panjang sebab aku pun dah azam blog baru nie taknak pok pek panjang. Juz make it short tp bermakna. Tapi untuk mengatakan betapa aku bersyukur memiliki kedua ibubapa seperti mereka. Aku sentiasa ingat caci maki mereka, aku sentiasa ingat pesanan pedas mereka, aku masih terasa penangan cili padi dimulutku, aku masih lagi terasa rotan buluh yang mereka gunakan untuk memberi pengajaran kepadaku, aku masih teringat lempangan yang bisa membuat aku terhuyung-hayang lalu tumbang kerna hilang kestabilan dan segalanya. Tapi itulah yang membuat aku sedar, aku sedar akan kesilapanku dan berubah ke arah yang lebih baik.




Ketika aku semakin besar, ketika itulah aku nampak pengorbanan mereka yang tidak terrhingga itu. Saat aku terasa sangat tersentuh. Ketika anak-anak mereka sedang makan kekenyangan dan penuh keasyikan, ketika itu juga mereka berikat perut untuk memastikan hati anak-anaknya gembira dan anak-anaknya tidak kebuluran. Disaat anaknya tidak berasa selesa dengan keadaan dirinya. Segalanya sanggup diberikan oleh siparent agar si anak berada dalam keadaan selesa sedangkan diri si ibu dan si bapa itu sendiri dalam keadaan yang tenat dan tidak berapa selesa. Yes, keluarga aku tidak susah. Tapi segala yang aku nyatakan diatas hanyalah persamaan situasi yang pernah aku lalui. Sinonim antara situasi itu dan ketika itu jugalah Allah cuba untuk menerangkan mataku dan menampakkan aku segala pengorbanan mereka. Aku sangat tersentuh dan ketika itu juga aku merasakan, aku sangat BERDOSA.

Tiada apa yang boleh digambarkan pengorbanan mereka terutama ibubapaku. Dan sempena tahun baru dan azam baru. Aku bertekad untuk tidak menyusahkan kedua ibubapaku. Ada sesuatu yang aku lakukan yang mungkin akan meruntunkan perasaan, harapan dan jiwa mereka. Oleh itu, aku biarkan tipu sunat ini mengaburi mereka buat sementara waktu dan biarlah aku mencari solusi dan konklusinya sendiri kerna aku rasa sudah sampai masa untuk aku belajar maksud berdikari yang sebenar-benarnya. Tiada apa lagi yang inginku ucapkan kepada mereka melainkan, aku cintakan mak dan ayah. Terima kasih kerana membesar dan mendidikku dengan baik. Terima kasih.


4 comments:

  1. nice story it made me touched :')

    mmg anak laki ni same la dlu nk kena lempang2 dlu skrg br reti br jadi orang..ha2..moga kita jadi anak2 soleh yg selalu mendoakan kedua ibubapanya ok

    ReplyDelete
  2. Thanksss senior bai :D

    Yup2, insyAllah. Hope so kite jadi anak yang berguna dan soleh :)

    ReplyDelete
  3. loike! ibubapa mana yang tak sayang anak kan? susah payah nak lahirkan kita, jaga kita sumer. diorang just nak kita jaga hati dan perasaan diorang je sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Yup2, totally. Harap2 diorang pun fhm kita, kita pun fhm die. Lagi bagus mcm tue :)

    ReplyDelete