Kejar Cita-Cita


Facebook, nama yang sudah lali dengan kehidupan kita seharian. Dan dengan bangganya, aku mengishtiharkan aku dah seminggu tak mengaktifkan facebook. Dengan berbekalkan azam baru dan semangat baru. Aku ingin berubah ke arah yang lebih baik. Lebih kepada jalan yang lurus. Cewah, tapi aku memang dah berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan kerana apa, kerana ada perkara yang mengajarku agar berubah untuk menjadi insan yang cemerlang didunia mahupun diakhirat. Kurangkan carutan tinggatkan iman dan sembahyang yang sempurna.

Macam tak percaya jugak aku dah seminggu tinggalkan facebook nie. Mungkin pada sesiapa yang baca blog nie ingat macam ini perkara yang biasa tapi ini berbeza denganku. Bangga sebenarnya sbb sangat-sangat susah aku nak tinggalkan facebook. Tapi akhirnya segalanya aku boleh tolak ketepi. Senang sahaja sebenarnya kalau kita berazam dan bersemangat dan memberi sepenuh komitmen dengan apa yang kita buat.


Ramai yang menegurku dan lebih sesuai diistilahkan sebagai memerli aku dengan mengatakan aku sudah sombong ataupun sebaliknya. Tapi fahamilah aku, cubalah untuk mengerti aku. Maka, kau akan memahami situasi aku dan akan bersependapat denganku. Mungkin aku tidaklah sombong cuma lebih serius dalam perkara yang aku ceburi sekarang. Erti kata lain, enjoy life to the fullest dengan tidak melanggar batas-batasnya.

Kita hidup dengan terlalu banyak masalah mahupun masalah kita ataupun masalah-masalah disekeliling kita. Hidup kita pun senantiasa akan dibelenggu masalah. Ini yang membuatkan kita untuk mematangkan diri kita lebih kearah kebaikan, insyAllah. Kepada sesiapa yang contact aku melalui telefon bimbit dengan pesanan ringkas, maaflah sebab aku sekarang dah jadi tabiat tak reply pesanan ringkas orang melainkan ada sesuatu yang penting. Kalau nak contact tue call lar erh. Jangan malu-malu. Bukan apa, cuma aku rasa segala masa kita dihabiskan kat perkara-perkara yang tak berfaedah.

"When someone ask me what's wrong, i just say nuthin. Not because i don't want to tell them, but because my mind is filled with thousands and thousands of thoughts that i just don't know how to explain"

Mungkin bila korang berbual denganku, mungkin aku kerap membuat lawak ataupun bergurau senda tapi bak kata Karam Sign Walia, "terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu". Apabila dibicarakan soal hati nie. Aku memang sangat sensitif dengan perkara ini. Kita semua ada jalan hidup masing-masing, mungkin kau mengatakan jalan hidupmu sangat susah sedangkan ada yang lagi susah daripadamu. Sama sepertiku, mungkin jalan hidupku susah, tapi aku sentiasa mengaggap yang ada lagi susah daripadaku. Sebab itu aku cuba sedaya upaya untuk mengukir senyuman walaupun masalah seberat gajah menimpa kita.

Fahami erti 'faham' & kau akan faham.

Biar orang tidak memahami kita, kerna sampai satu masa akan sampai seseorang ini yang betul-betul memahami kita. Mungkin sama jantina, mungkin lain jantina. Kalau lain jantina akan advantagelah pada orang itu sebab mungkin boleh dibuat teman hidup, kalau tak janganlah jadi gay pulak. Kalau dah desperate sangat mahukan seseorang untuk memahami kita, rileks sahaja. Allah ada, buat solat sunat ataupun lepas sembahyang tue bacalah Quran sekejap. Sumpah hati tenang, tak tipu. Kalau tak tenang jugak tue, there's something wrong. Try lah carik solution. Bila cakap pasal Al-Quran. Bila kali terakhir kita baca ataupun pegang Al-Quran? Mesti jadi persoalan yang panjang. Sama macam aku, sentiasa menjadi persoalan. Oleh itu, marilah sama-sama kita berhijrah ke jalan yang lebih terjamin kebahagiaan kita.

Tentang kerek-kerek & sombong-sombong nie pulak, fahamilah aku. Aku tak sombong malah masih happy go lucky macam dulu. Cuma kali ini aku kena fokus dalam pelajaran aku untuk lebih cemerlang dalam kerjaya aku. Siapa taknak berjayakan. Tapi aku nak berjaya dengan cara yang betul dengan stick dekat jalanNya. Supaya nanti dah berjaya nanti takdelah nak lupa daratan. Gaji LAE dekat UK paling rendah 40K++ bai. Siapa taknak? Kalau taknak pergi jauh-jauh, just lihat local aviation. Satu bulan salary boleh dapat dalam 10K++ kalau ada type course. Tue pun kalau kerja dengan MAS. Kalau dengan AirAsia dapat 20K++. Aku nak mencapai apa yang aku impikan & aku nak mencapai apa yang aku idamkan. Nak menjalankan sebuah perniagaan & ingin menjadi journalist.


Bukan aku tak puas apa yang aku ada sekarang, cuma aku tak suka menumpang atas kesenangan orang lain. Ayah kita penat-penat berjuang untuk negara dia, kita senang-senang nak menumpang lepas tue nak kerek-kerek dekat facebook & twitter pasal segala harta yang kita tumpang tue. Tak kemana pun buat macam tue. Salah satu faktornya, pasal kita mudah lalai sbb tak merasa susah & secara tidak lansung akan kerek & sombong. Itu baru boleh digelar kerek, sombong dan riak. Yang kedua, harta yang kita tumpang tue tak boleh bawa masuk kubur. Yang ketiga, dah nama pun harta tumpang. Mungkin akan pergi dekat kau sebab kau lah warisnya tapi kepuasan tidak akan kau dapat dan kau takkan pernah appreciate sebab tue bukan hasil usaha kau. Mungkin ia hanya hasil usaha kau untuk membodek parent kau jek. Tak bawak makna apa-apa pun. Kau akan mudah lupa selagi tak merasa erti susah.

L.A.E

Disebabkan aku dah terlalu banyak menyusahkan parent aku yang telah aku share kat post sebelum ini, aku pun decided to move on & make my own way to prove that i can do it. Achieve my target untuk berjaya dunia dan akhirat. Capai cita-cita, tegakkan apa yang benar dan lakukan apa yang baik. InsyAllah kita dapat apa yang kita mahu. Ayuh sama2 kita. Amin...


5 comments:

  1. jom sep! kita dah deactivated facebook jugak tehehehe. feel free kan? dan oh yeas, i do miss your amir.

    'be a better person' - fantastic job to be done :')

    p/s: kita dah ada tumblr jom kawan kat sana! :D

    ReplyDelete
  2. Senior bai: Thanksss :) nanti senior dah berjaya kat jepun janganlah lupa saya yerpp :)

    Kamal: Hahaha. Aku memang tengah relaks n cool pun :D

    Afiqah: Gimme fiveee, yup2. Sangat free :)
    Thankssssss.
    Jommmm, cepatt add sayaaaa :D

    ReplyDelete