Buah Hati Pertama & Selama-Lamanya

Okey, agak sekian lama aku menyepi dan kini aku muncul dengan ingin meluahkan apa yang tersirat dihati. Mesti ramai terkejut sebab dah lama tak update blog tup tap tup tap nak cerita pasal yang "ku sayang dan yang ku cinta cewah" 

Tapi aku tak mampu lagi nak sorokkan perasaan dan hatiku ini. Biarkan aku meluahkan segala isi hatiku ini di blog dan harap warga2 blog dan follower aku dapat menerimanya.
Asyik aku jek yang melihat orang bercinta dan dicinta. Macam mana pulak dengan aku!

Ingin lihat siapa yang aku cinta dan sayang ini?

Inilah orangnya.


Tadaaa! haha for sure lah bukan kekasih atau teman wanita aku tapi hanyalah anak buah aku yang pertama di dunia. Comelkan? Memang comel dan sangat2 lasak mengalahkan buaya darat, buaya air, buaya udara sekali kalau ada.

Amir nama diberi dan lahir pada 28/8/2008. Stylekan tarikh lahir Amir plus akunya tarikh lahir pun tak jauh, 30/8/1991.

Kepada sesiapa yang tak suka lasak2 tue, janganlah merelakan hati anda untuk menjaganya kerana pasti anda keletihan tak terhingga kalau jaga Amir. Apa2 pun, 'akun' cayannggg Amir. Akun? Akun tue merupakan Uncle sebab anak saudara aku semua memanggil aku Uncle Syafiq. Kerana Amir suka membuat bahasa dia sendiri, dengan selamba yayanya dia memanggil aku Akun. Dia pelat L actually. Semua L die jadi Y. So, Pak Long menjadi Pak Yung as known as payung. Itu kelakar haha! Kesian Along aku.

Macam2 Amir nie, kadang2 tension tapi mostly gelagat dia & perangai dialah yang buat aku tak kering gusi. Ada ke tengah panjat2 badan ayah dia time ayah die tengah baring atas kerusi, die boleh terlelap jugak time tengah panjat2 tue. Comel habis haha.

By the way, Amir nie suka menyanyi.


Terpengaruh daripada siapa dia suka menyanyi nie? Jangan pandang aku. Ape2 pun, nnt Akun ajar Amir baca Al-Quran. Lagi sedap daripada nyanyi Selamat Malam.

Amir dah ada adik, nama adik Amir, Nur Ezra. Sama comel macam abang dia tapi adik dia lagi sopan santun dan pendiam dan tak lasak dan tak banyak buat masalah. Beza perangai ibarat langit dan bumi.

Ketika Ezra demam panas

Ezra sangat2 comel si bam bam tembam! Sengaja aku menulis pasal Amir sebab dah rindu sangat & dah lama tak jumpa dia. Adalah jumpa2 sekejap tapi tak puas. Dengan mengusha gambar diorang sahajalah yang menjadi pengubat rindu. Sayang bulat2 korang berdua.


7 comments:

  1. wah..cumil2..esp gmbar yg dia duduk dalam bakul baby..mmg nakal!hihi. besday kte dekat2 lar..akak punye 26/8/1988..hoho
    free2 jom la tgk entry br..
    http://izatulqisteena.blogspot.com/2011/03/entry-nie-pentingtapi-xde-tajuk-yerhihi.html

    ReplyDelete
  2. suare serak2 basah... comel jewp!!! huhu... sampi t'batuk dy nyanyi... COMEL!!!

    ReplyDelete
  3. yaya: kan kan? sangat2 comelll :)

    izatul: hahahaha. wahhh, gimme five laa kak :) okiesss2 :)

    ieyka: hahahahh. taw takpeee! sampai semput2 die nyanyi. muncung2 terus hahaha :D

    ReplyDelete
  4. cinta tak perlu dijumudkan ke cinta lelaki dan wantia. cinta itu luas dan universal, hidup itu sendiri perlu die selari dengan cinta. hidup nya adam kerna kasih nya Allah dan ada nya hawa kerna kasih Allah kepada adam. jadi, raikan cinta dengan semua aspek kehidupan

    ReplyDelete