Khemah Untuk Orang Kaya, Bubble Tree


Bercakap tentang khemah, khemah yang paling mahal pernah aku duduki dan tiduri adalah khemah milik kawanku yang agak besar dan mampu memuatkan kapasiti 6 orang sekhemah dengan harga 600++ ringgit Malaysia. Bagi aku, itupun sudah cukup wow dah lebih daripada selesa untuk tinggal di dalam hutan sebegitu rupa ketika perkhemahan Jamboriku.


Tapi lain dengan orang yang kaya2 yang tidak tahu untuk membeli apa lagi dengan duit yang ada. So, untuk orang kaya yang suka dengan aktiviti2 outdoor, boleh lah membeli khemah yang diberi nama Bubble Tree Tent ini yang harga minimanya selepas tolak tambah diskaun, RM29700 dan yang paling mahal RM56100 (bergantung kepada model). Jual Atos memang harapanlah kalau ada niat hendak membeli khemah ini. Kena jual City baru boleh rasa khemah yang mahal ini.


Khemah yang mahal nak mampuih ini diperbuat daripada bahan2 fabrik kalis air dan tidak perlu disambungkan dengan sebarang rangka tiang untuk dijadikan sokongan. Special tentang khemah ini adalah, ia didatangkan dengan set sofa, katil, lampu elektrik dan kusyen mini yang boleh memberikan pengalaman yang superb lagi mengada dalam suasana camping :D itulah seronok orang kaya, segalanya dipermudahkan dan hanya boleh mengada-ngada dengan apa yang tak cukup walaupun benda kecil.

Selain itu, warna lutsinar ada ada pada bubble tree tent ini boleh membuatkan pengguna menikmati keindahan alam semulajadi pada waktu siang dan malam secara maksimum dan bila2 masa sahaja tanpa perlu keluar daripada khemah. Ada juga model yang dibina dengan lantai kayu untuk kegunaan pantai dan hutan2 yang extreme sedikit seperti dalam video dibawah.


Khemah ini tidak perlu ditiup menggunakan mulut, disebabkan anda orang kaya, Bubble Tree Tent ini telah menyediakan pengepam udara elektrik dan pengepam itu juga disekalikan dengan penuras udara untuk memberikan kita udara yang segar didalam khemah itu dan disebalik itu juga ia juga berfungsi untuk mengekalkan tekanan udara dalam khemah itu dalam bentuk gelembung buih.

Seperti biasa, alat2 dan peralatan yang mewah2 dan luxury ini kebanyakannya datang dari Eropah. Tidak lari juga dengan Bubble Tree Tent ini yang penciptanya berasal dari Perancis yang diberi nama Pierre Stephane Dumas yang berkata idea konsep khemah ini diambil daripada konsep idea bola Zorbing.



Sangat2 seronok dan sangat2 menenangkan & boleh buat banyak karya menarik nie kalau aku dapat khemah nie tapi untuk situasi dan cuaca macam Malaysia, aku tidak rasakan beli khemah ini satu pilihan yang bijak. Kalau kaya sangat2 dan selalu camping over the sea jek, belilah erh den bolehlah contact2 aku. Boleh tumpang sekaki.


2 comments: