Mentaliti Tahi

Mentaliti tahi? Aku gelarkan ia sebagai ayat tahi ataupun mentaliti tahi sebab tahi sesuatu yang ada dalam tubuh kita untuk dikeluarkan dan disingkirkan. Apabila dikaitkan dengan pemikiran, buah fikiran kita sepatutnya tidak jadi seperti tahi yang keluarnya busuk dan sia-sia. Aku menggabungkannya menjadi mentaliti tahi sesuai untuk orang yang suka mencampurkan yang fakta dan auta ataupun lebih dikenali sebagai ayat hasutan syaitan untuk menimbulkan rasa was-was dan serba salah didalam diri seseorang. Lebih kurang ayat2 munafik jugaklah nie. Itulah yangku gelarkan sebagai mentaliti tahi.


Mula2 rasa nak tergelak sebab tak sangka aku ingat jugak ayat2 yang boleh dikategorikan sebangai ayat 'mentaliti tahi' ini. Berikut adalah contoh2nya :-

1- hidup nie sekali, kita enjoy lah puas2. Lupakan dunia sekejap.
2- orang yang tak pakai tudung tak semestinya jahat okeyhh! yg pakai tudung tue lagi jahat, baik tak payah pakai tudung.
3- kalau kau sendiri pernah buat, tak payah lah nak tegur2 aku. Semua orang pernah buat kot.
4- aku tak sembahyang tapi tak semestinya jahat.
5- aku hisap rokok dah bertahun dah elok jek. Tak sakit2 pun. Mana ada ape2 rokok nie.
6- ada orang kutuk malaysia dow, takkan nak diam diri jek. Jom support aku fire2 n kutuk2(mencarut) sekali.
7- (kaum Adam) aku piercing jek pun tapi aku baik kot.
8- jangan nilai orang dengan hanya luaran dan pakaian jek (in fact pakai baju nak terjojol semua alat kemaluan)
9- suka hati mak bapak aku lah nak buat benda tue. kau nak sound mcm kau bapak aku, bapak aku pun tak macam tue.

Dan seterusnya. Kalau hendak disenaraikan, memang terlalu banyak dan aku yang hanya mempunyai memori jangka masa singkat ini tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara dengan terlalu banyak dan lama. Diringkaskan, kalau ada sesuatu perkara yang memang terang-terangan salah, dan seseorang itu cuba memanupulasikannya dengan menghubungkaitkannya dengan sesuatu perkara sedangkan ia perkara yang salah, sedarlah, ianya perkara tahi daripada tuan pemilik metaliti tahi itu yang kebiasaannya mempunyai sifat hipokrasi di dalam diri.


Sebaik-baiknya, mentaliti seperti ini hendaklah dibuang dan dikikis dalam diri kita. Selalunya ia akan menyesatkan kita dalam dunia yang penuh dengan dajjal yang bertopengkan manusia. Perlukah kita mengatakan tahi itu wangi sedangkan ia sememangnya busuk? Melainkan ada wangi-wangian yang mengganggu anggota hidung anda dikala anda ingin mencium bau tahi itu. Oleh kerana itulah anda tidak dapat mencium bau tahi itu sedangkan anda tahu tahi itu busuk dan wangi-wangian itulah mulut2 yang manis berbicara memutar dan memanipuasi kata menjadikan yang fakta itu menjadi was-was untuk seseorang itu berfikir dengan realistiknya,

Seperti yang telahku katakan dalam entry2ku sebelum ini, aku sering mengatakan dunia ini ada positif dan negatifnya bergantung pada cara kita melihatnya even yang paling perfect pun pasti akan ada positif dan negatifnya. Positifnya, ia perfect. Negatifnya? Tanya sendiri para haters dan pendengki yang begitu ramai diluar sana yang dengki akan orang perfect. Sama seperti Nabi Muhammad dimana beliau dihina dengan kaumnya sendiri.

Sama seperti rokok, yang kononnya positif memberi tenaga extra kepada kita dan menjadikan kita lambat untuk penat atau lesu kepada para perokok, dan termasuk positif2 lain yang salah satunya boleh melepaskan tekanan yang bermain dikepala kita. Negatif rokok tidak perlu aku senaraikan kerana sudah terpampang disana sini. Oleh itu, bagaimana? Macam mana? Apa yang aku cuba sampaikan ini bukan ingin mensuspen dan mencuakkan pembaca tapi untuk kita berfikir dengan akal yang telah diberikan. Fikir dengan waras bagaimana & macam mana dan apa penyelesaian untuk persoalan tersebut.


Senang sahaja kalau kita menggunakan akal kita berlandaskan jalanNya. Islam ini senang & simple tapi janganlah kita sendiri yang menyusahkan. Macam mana kita susah kan? Semuanya berdasarkan mentaliti, persepsi & kondusi kita. Dah taw rokok lagi banyak keburukannya, so tak payahlah hisap rokokkan? Even ada rumours mentaliti tahi yang mengatakan rokok boleh bla bla bla bla n so on. Renung2kan.


1 comments:

  1. pic anda sgt menggelikan.. apetah lg kpd saye yg baru lpas mencekik dgn ahmad aimn.. euuuuwwwww...!!!

    ReplyDelete