Berlagak Hebat Itu Iblis


Kehadiran entry ini bukan untuk membuat sebarang kenyataan ataupun mempunyai niat sebagai pencetus kontroversi, mungkin bisa menjadi kontroversi sebab ramai tidak membaca isi kandungannya terlebih dahulu. Biasalah manusia senantiasa ada hitam putihnya dan baik buruknya. Orang barat yang sentiasa melakukan plagiarism terhadap dunia Islam pun ada mengatakan, Don't Judge A Book By Its Cover.

Entry ini ingin mengatakan tentang bloggers, youtubers, facebookers, twitters & kepada sesiapa sahaja yang mempunyai ramai followers dan keperasanan HOT mereka. Ada yang memberikan tips mereka untuk kita juga turut mengikut jejak langkah mereka, ada yang hanya menggeletek diri sendiri dan diri sendiri jugalah yang ketawa akan geletekannya dituruti boneka-boneka hidup yang sentiasa meng'iya'kan segala apa yang disebut oleh blogger terkenal itu walaupun ia sesuatu yang terang2 salahnya.

Ego, apabila bercakap tentang ego. Ia memang tidak dapat lari dengan orang2 yang perasan HOT dan famous dan yang sewaktu dengannya. Dengan kehadiran EGO dan sekutu-sekutu itulah yang membuatkan orang yang bergelar manusia yang sepatutnya berada dalam kesederhanaan ini berubah menjadi riak atas asbab2 pandangan masyarakat yang KONONnya mereka HOT dan yang sewaktu dengannya.

Kepada blogger2 yang famous, janganlah menyimpan dendam dan perasaan marah terhadapku, aku insan biasa dengan niat ingin berpesan di kalangan kita sebelum terlambat. Kurang ego, riak dan takbur dan sebagainya. Tidak tahukah blogger2 famous ini apa punca utama Iblis dibuang dari Syurga? Kerana sombong, ego, riak, dan takburnya.

Seperti yang telahku nyatakan dalam entry yang INI, haters memang senantiasa ada tapi bergantung kepada majoriti ataupun minoriti. Tapi yang mana satu pilihan anda? Hidup kita sentiasa dibayangi yang putih dan yang hitam. Kita hidup dalam kelompok masyarakat walaupun di alam maya. Adab, bahasa dan percakapan hendaklah dijaga.

Seperti yang telah Anwar Hadi katakan, sebelum ingin mengpublish sesuatu, fikir dahulu dan pastikan adakah ia masih diterima apabila kita sudah tua nanti apabila kita membuka balik apa yang telah kita post itu. Melainkan orang itu mempunyai Mentaliti Tahi, ia tidak akan memotivated diri mereka, malah membanggakan setiap kejahatan yang dilakukannya. Itu memang the real tahi.

So, kepada blogger2 yang terkenal mahupun kepada sesiapa yang terkanal. Jaga2 lah perangai kamu. Follower banyak, dosa pun sekelip mata jek boleh jadi banyak juga. Kurangkan ke'perasan'tan dalam diri kamu dengan sifat merendah diri. Islam pun ada ajar kita untuk bersederhana. Jangan puji diri sendiri lepas tue cakap, "aku bukan nak riak ke apa" What de heck is that? Dah riak lepas itu nak cakap dia tak riak. Reverse psychology yang sampah.

Hanya ingin mendapatkan publisiti murahan. Sedar diri yang kamu takkan terkenal tanpa orang2 yang bergelar blogger yang berubah menjadi followers. Sorilah kan, aku ini hanya pemilik blog picisan yang tak layak untuk menegur awak awak yang sangat terkenal dan sentiasa betul *mata keatas, tangan ke dada* sindiran sepam untuk anda yang tergigit cili.



3 comments:

  1. hahahaha. Siapa2, nie general. Tak spesifikkan kepada sesiapa pun. Siapa makan coklat, die rasa manis. Sape makan cili, die rasa pedas :)

    ReplyDelete
  2. suka gila entry nih. Benda yg dah lama lam kepala tp ta reti nak kuarkan.

    ReplyDelete