Asal Usul Hantu Kak Limah


Pada awal zaman 70an macam tue, ada penempatan yang agak terpencil di selatan Ipoh, Perak. Nak masuk ke kawasan penempatan tue mengambil jarak dalam 4KM macam tue. Dah boleh buat cross country dah. So, memang jauhlah dan kawasan itu ialah kawasan lombong tinggal dan ditebus guna untuk menjadi kawasan penempatan dan sebahagian besar penduduk melayu.

On the way ke kampung itu, kita mesti melalui semak samun lombong tinggal dan ada 4 jenis tanah perkuburan yang korang akan jumpa. Mula2 tanah perkuburan Islam, then Cina. Lepas itu tanah perkuburan Hindu pulak dan last but not least kubur yang tidak bertanda kerana dekat situlah tempat  pengkebumian mayat2 yang tiada waris or yang orang tak diclaim di hospital ataupun rumah kebajikan. Ada orang cerita kubur nie tak digali n den ada anjing2 liar yang suka korek dan melarikan kepala lutut or tulang2 kaki mayat yang ditanam cetek tue. Biasalah, masa itukan zaman 70an, mereka tak berapa nak bertamadun sangat n tue yang tanam cetek2 jek tue.

Kepada penduduk kampung ini yang tidak mempunyai kenderaan, memang amat awesome dan sakitlah mereka kerana terpaksa menempuh 4 jenis kubur untuk masuk ke kampung mereka. Bayangkanlah lagi2 pada waktu malam. Memang terbaik dari ladang haha. Dalam cerita Hantu Kak Limah, kebanyakan semua nama direka semula untuk coverlah daripada benda2 yang mengaibkan kan.



Nama makcik ini bukanlah Kak Limah malah bukan Kaka player bola daripada pasukan Brazil itu, mahupun Kobe player Lakers yang layup pun tak lepas sekarang. Namanya sangat indah tapi tak perlulahkan nak tahu sangat. Stalker gila & tak baik mengaibkan orang yang tiada. Makcik itu tinggal di hujung kampung bersama seorang suaminya yang sangat pendiam sampaikan di hari kematiannya, suaminya hanya duduk diam seolah-olah tiada apa yang terjadi. Macam takde feeling & buat dek jek wife dia meninggal. Orang kampung pun beramai-ramailah menyempurnakan pengkebumian makcik ini.


Selang berapa hari jenazah makcik ini selamat dikebumikan, beberapa orang kampung mula terserempak dengan kelibat atau bayangan ataupun lebih senang dipanggil hantu makcik ini dengan rambut mengerbang berjalan mencari jalan ke rumahnya. Tangannya mengapai-ngapai memanggil nama suami dia. *nie yang buat aku nak check2 belakang aku nie, cuak pulakk*


Macam biasa, orang kampung yang terkenal dengan sikap suka jaga tepi kain orang ini pun mulalah bercerita. Disebabkan mereka semakin takut kerana hampir setiap malam mereka terserempak dengan Hantu ini. Kalau aku, memang terkencing malam lah aku tiap2 hari. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk memanggil bomoh tapi malangnya berbagai bomoh dan pawang sudah dipanggil namun hantu makcik itu tetap tidak dapat dihalau malah semakin dirasai kehadirannya berdiri di tingkap2 rumah penduduk kampung memanggil nama suaminya. Gila kentang bai diri dekat tingkap.


Seorang kiyai dipanggil dan kiyai itu pun mengajak mereka supaya pergi ke rumah arwah untuk berjumpa dengan suaminya itu untuk memaafkan segala kesalahan yang arwah dah lakukan jika ada.  Ketua kampung menglead operasi bersama anak2 buahnya pergi ke rumah makcik itu dan berjumpa dengan suaminya dan menceritakan keadaan yang telah menimpa arwah isterinya itu dan memohon suaminya itu memaafkannya.

Selesai sahaja, kiyai itu pun menceritakan perkara sebenar yang arwah telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya sehingga bingung dan rohnya kembali untuk memohon maaf. Namun, tiada kemaafan yang boleh diperolehi kerana suaminya telahpun hilang akal dan tidak faham dengan keadaan sekeliling angkara ilmu hitam tersebut. Itulah balasan pengguna ilmu hitam, manisnya sementara. Deritanya selama2nya. Begitulah azab kalau jasad dah tak diterima bumi.

Kepada kaum lelaki. Nak kahwin tue pilihlah calon yang betul2 erh. Jangan nak seksi2 & hot2 & cun2 jek. Dah tua berkedut jugak, aku berani bet potong jari kalau dia still lawa lagi 50tahun akan datang. Kalau dah kahwin itu, check2 lah erh kalau isteri ada bawak nasi kangkang2 haha. Oleh itu, tamatlah cerita Hantu Kak Limah itu.

"Kak Limahhh oiiii, tak pergi tengok AF keee? Mai lah soleyy soleyyy"

4 comments:

  1. hahahahah!
    tersengeh2 budak ni.,mcm selipar koyak je~

    ReplyDelete
  2. Sape budak tue? Kau tujukan kat aku kee dow? Hahahaha ;D

    ReplyDelete
  3. tak minat sangat cerita hantu kak limah ni. haha. :P

    ReplyDelete
  4. baguslah kau ni. ada2 je cerita nak diblogkan. haha

    ReplyDelete