Bertemu Cinta Ketika Bunuh Diri


Andriej Ivanov, 26, menetapkan hasrat untuk membunuh diri selepas kematian tunangnya ketika akibat kemalangan jalan raya dan pada ketika itu sudah hampir dengan tarikh perkahwinan mereka.

Apabila tiba sahaja di jambatan di Ulfa, Central Russia dia ternampak Maria sedang memanjat pagar jambatan dan cuba untuk membunuh dirinya. 

Maria, 21, berada didalam kesedihan setelah dicampak dan dibuang dari rumah kerana telah mengandung. Ini cubaannya yang kali ke-2 untuk membunuh diri. Ketika Maria hampir terjun dari jambatan yang berketinggian 100 kaki dan sangat sejuk, ketika itu jugalah Andriej datang menyelamatkan Maria.

"saya terasa di dalam hati dan mendengar hati saya berkata yang saya tidak boleh membenarkan dia melakukannya walaupun pada masa itu hati saya hancur berkecai dan kecewa atas pemergian orang yang saya sayang" Andiej berkata.

Dia menjerit berhenti dan terus berlari kearah Maria dan pada ketika itu Maria jatuh dalam pelukan Andiej dan mula menangis teresak2 dan saya turut tersentuh dan turut menangis.

"Kami berpaut antara satu sama lain dan bercakap dan berbual dan bercakap sehinggga ke malam dan malam itu jugalah yang menyelamatkan saya dan juga dia." Andriej berkata.

Mereka berbual pada malam itu dan mendapat kata sepakat untuk membantu antara satu sama lain mengubati hati masing2 yang telah terluka. Tidak lama selepas itu, mereka merancang untuk untuk mendirikan rumah tangga setelah memberitahu keluarga masing2 tentang pertemuan yang penuh dramatik ini.

Maria bercakap, "Dialah satria dan penyelamat saya. Semua kesakitan yang saya pikul itu memang sangat berbaloi kerana itu yang menemukan saya dengan Andriej"
__________________________________________________________________________________

Siapa sangkakan? Ajal, jodoh, maut semuanya di tangan Tuhan. Melihat kisah hidup diorang macam romantik dan sweet gilakan. Terasa macam ada dekat panggung wayang pulak. Ingatkan cerita macam ini selalu berlaku kat novel, tak sangka banyak juga kes ini dalam realiti kehidupan sebenar.

Apa pun, moga kita bertemu jodoh pertama yang sesuai dan berkekalan ke akhir hayat dan berterusan menemani kita ke pintu syurga. Amin amin :)

(SOURCE: thesun.co.uk)


7 comments:

  1. kadang2 Dia temukan org yg salah dulu utk kita supaya kita bljr mematangkan diri kita dulu mungkin

    ReplyDelete
  2. Budak kecik: Betul2, setiap benda yang berlaku ada sebab dan ada hikmah ia terjadi. Takkan adanya kemarau kalau tiadanya dingin :) moga2 pasangan itu mengambil iktibar atas apa yang terjadi :)

    ReplyDelete
  3. anak dia ada potential utk commit suicide hehe jk. dramatik romantik!! :)

    ReplyDelete
  4. dah cara pertemuan mereka ditetapkan macam tu :)

    ReplyDelete
  5. dan harap2 diorang saling xbunuh membunuh plak lepas nih.,hehe =.='

    ReplyDelete
  6. Yaya: Yup2, macam sweet jugak. Tapi slack die nak pergi bunuh diri pulak. Nasib baik tak bunuh diri. Kalau tak sia2 hidup huhuhu

    Rasyid: hahaha nanti jangan diorang ada anak lps tue anak semua nak bunuh diri pulak. Masalah berat nnt hahaha :D

    ReplyDelete