Cakap Baik-Baik, Cakap Sopan-Sopan, Boleh?


Majoriti daripada kita semua jika mendengar atau mendapat berita yang boleh dikategorikan sebagai berita 'panas', selalunya kita akan serang dengan melulu tanpa usul periksa ataupun bertanyakan hal sebenar dan siasat sebenar-benarnya apa yang terjadi. Itulah mentaliti yang ada pada masyarakat kini, mentaliti tahi.

Senang untuk bersangka buruk terhadap sesuatu perkara yang berlaku tanpa usul periksa. Dan tanpa kita sedari, 'mak bedah belakang rumah' sedang giat mengembangkan spesisnya. Terlampau senang mempercayai kata2 orang tanpa usul periksa, tanpa bertanya pada tuan punya badan kenapa dia bertindak sedemikian.


Terus2 engkau memberikan keputusan kau terhadap hasil eksperimentasi mata dan telinga yang kau lihat dan dengar daripada sumber yang tidak diketahui tanpa bertanya pada tuan punya badan.

Api bertemu api memang makin marak, cubalah kau dengan tenang bertanya dan berfikiran positif, tanya dengan tenang. Ibarat air yang tenang pasti dapat memadamkan api yang terbakar. Kedua2nya tidak marah dan pertelingkahan dapat diselesaikan dengan baik dan aman. Bukankah elok begitu?

Susah sangatkah untuk bertanya? Terutama sekali dalam dunia blog. Plagiarism sentiasa berlaku walaupun engkau orang kedua mahupun orang yang berpuluh2 kerana kita sebagai blogger hidup dalam kelompok berjuta. Bukan satu dua orang. Jadi tidak mustahil untuk buah fikiran kita ini untuk sama dengan yang berjuta walaupun kadang2 diplagiatkan dengan ditambah sedikit idea sendiri.


Walauapapun, kita sebagai manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Janganlah kau terus menuduh dengan nada marah dan keras seolah-olah si dia benar2 100% bersalah. Mungkin dia memplagiat engkau dan ingin memberikan kredit ataupun penghargaan kepada engkau tapi asbab manusia ini selalu lupa, dia tidak sedar akan perkara itu. Oleh itu, tanyalah baik2 dan berikan dia masa agar dia dapat memperbetulkan kesilapannya.

Janganlah main terjah tak tentu pasal ibarat kucing kehilangan anaknya. Dan kau bawakan seangkatan kawan2 engkau untuk menembak dia diatas silly mistake yang terbuat. Tanyakan elok2, bukankah itu lebih manis? Adab orang melayu juga. Alahai, kerana blog pun boleh bertekak.


No wonder kita hidup sebagai seorang ummah, pegangan kita masih goyah. Akidah tidak perlu dipersoalkan lah jika pendirian dan mentaliti kita seperti ini. Sangat daif! Hanya kerana benda ini, dijadikan masalah dunia. Langsung tiada kematangan didalam diri walaupun umur dilarut senja mahupun meningkat dewasa.

Maafkan aku sekali lagi jika kata2ku ini mengguris hatimu. No offense! Inilah yang tersirat di hati aku kerana terasa kesal kadang2 atas segelintir sahabat blogger yang kerap melakukan perkara sedemikian. Sekali lagi aku memohon ampun jika ada yang terguris dan pleasee. PLEASE BE NICE & DO ASK POLITELY, thank you.


7 comments:

  1. kita xbleh mengubah mentaliti 'orang kita' melainkan mereka mengubahnya sndri.,dan of kos,.bermula dgn kita dulu.,^^
    btw, suka ayat nih "Alahai, kerana blog pun boleh bertekak." sebab ada Alahai~.,hehehehe^^

    ReplyDelete
  2. Tiada apa didalam dunia ini yang boleh ubah persepsi dan tanggapan dan mentaliti kita melainkan kita sendiri yang menukarkan nya. Kadang2 faktor persekitaran pun memainkan peranan. Bergantung kepada situasi dan keadaan :)

    hahahaha. Sempat lagi promote blog tueeee! :D

    ReplyDelete
  3. Biase la beb,name pon blogger,maap ckp la,kekadang BANYAK blogger yg akal pendek,tak bijak.hehe

    ReplyDelete
  4. Btul3!!Hari tu mase blogwalking pun ade jumpe blogger2 yang "mentaliti tahi"...ntah pape la....suka judge orang lain...

    ReplyDelete
  5. Nazirul: biasalah bro. Susah cakap dengan orang kepala bodoh nie. Mind set sengat. Si Kopi si kopi sini, masih bodoh jugak hahaha.

    Fiqa: takyah blogwalking pun fiqa. Nak syfiq tunjukkan sekarang pun boleh jek blogger yang sangat bangang yang macam tin kosong. Bunyi kuat tapi isi kosong hahaha :D

    ReplyDelete
  6. huh? aku kah blogger tin kosong itu??(tiba2) hehe~

    ReplyDelete
  7. Alahai sedapp kottt. Mana ada tin kosongg hahaha :D

    ReplyDelete