Disebalik iPhone 4 Itu Ada MALAYSIA

Bakal millionaire dan billionaire negara
Memang ramai yang tak kenal dengan lelaki ini yang kini sudah berumur 24 tahun? Aku sure dan berani bet potong jarilah yang ramai tak kenal lagi. Tapi bila aku bercakap tentang iPhone 4, sudah pasti ramai yang kenal dan tahu apa itu iPhone. iPhone 4 itulah Timothy Seng Yen Lim dan tahukah anda yang Timothy ini seorang rakyat tempatan *bangga*

Bekas pelajar University of Stanford ini berkata, "Semasa bekerja di Apple pada 2008, saya diberi tanggungjawab untuk mereka model terbaru iPhone untuk memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelum ini"

"Bekerja di Apple juga merupakah salah satu impian saya ketika kecil dan apa yang saya belajar di University of Stanford telah pun saya aplikasikannya ketika bekerja di situ.

Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford ini juga merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik muncul sebagai pelajar Asia pertama yang 16A1 dalam A-level. Beliau juga merupakan Presiden PPM (Persatuan Pelajar Malaysia) di Universitinya.

Setelah cukup menimba ilmu di negara orang dan mempunyai kemahiran di syarikat2 gergasi di dunia, beliau akan pulang ke tanah air untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup pengalaman ditimba. Beliau kini bekerja sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat internet terkenal Yahoo! Inc.
___________________________________________________________________________________

Setiap ada orang ada rezekinya. Cuma terpulang pada kita untuk menggapainya. Lihat saudara Timothy, mendapat keputusan yang awesome untuk A-levelnya. Mungkin SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kita tidak segempak mana tetapi tidak mustahil untuk kita mengukir nama sebagai seorang Pria Terhebat dimuka bumi ini.

Btw, mana pergi Amalina Che Bakri? She used to be my idol dulu tapi sekarang dia menghilang. Alahai.

4 comments: