Sung-Bong Choi, Korea Got Talent


Sung-bong Choi ialah seorang peserta Korea Got Talent. Ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan melarikan diri selepas dipukul. Beliau kemudian menjadi anak jalanan dan bergelandangan tidur ditandas dan bawah tangga dan menyara hidupnya selama 10 tahun dengan menjual gula2 getah dan air minuman.

Lihatlah video ini. Biarkan air matamu mengalir. Aku menyanjung tinggi dengan orang sebegini, cuba kita pandang dari sudut positif dimana dia cuba terus memperjuangkan hidupnya untuk meneruskan hidupnya yang serba kekurangan dan terus berjuang untuk menggapai impiannya.

Banyak antara kita yang mengeluh, mengomel dan erti kata lain complain akan hidup. Sedarlah, sesukar mana pun hidup kita, ada lagi yang susah dan lebih menderita. Sesusah mana pun hidup kita, kita masih mengenal apa itu facebook dan apa itu blog dan ada akaunnya.

Bandingkan hidup kamu dengan hidup mereka (SINI), dan percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya (SINI).

____________


2 comments:

  1. kebanyakan orang kita keja nk komplen3 je.,xpenah nk berusaha dan bersyukur dgn apa yg diberi

    ReplyDelete
  2. Tersangat lah betul termasuk diri kita jugak huhuhu.

    ReplyDelete