Sahabat Yang Sempurna?

Kau punya sahabat, aku punya sahabat, ibuku punya sahabat, bapaku punya sahabat, nenekku punya sahabat, pakcikku punya sahabat, jiranku punya sahabat, kakakku punya sahabat, dan sahabatku punya sahabat.


Setiap orang mempunyai definisi, persepsi dan matlamat sahabat tersendiri. Setiap orang mungkin sama dan mungkin tidak sama. Sebab itu kadang2 berlaku percanggahan dalam perhubungan persahabatan ini. Tapi, walaupun mempunyai definisi yang kadang2 berlainan mengikut personaliti. Maksud dan erti sahabat tetap sama.


Pertama sekali, sebelum kita bersahabat dan menggelarkan 'sahabat' itu sahabat. Hendaklah kita mengerti dan faham sebenar2nya apa itu sahabat. Aku malas untuk mengulas dengan lebih lanjut maksud sahabat yang terdapat dalam kamus dewan edisi terbaru. Pandai-pandailah sendiri untuk merajinkan diri dan fahami dan hayati betul2 apa yang dimaksudkan dengan sahabat.

"Weih, sahabat itu apa?"
"Sahabat tu kawanlah, orang yg kenal aku walaupun aku tak kenal dia. Orang yang add aku kat facebook tue. Orang yang tegur2 aku then bagi nama dia, tulah sahabat aku"

Maka bullshitlah anda kalau anda mempunyai jawapan yang sama ataupun yang sewaktu dengannya. Itulah mentaliti zaman sekarang termasuk aku. Begitu senang meletakkan nilai suatu perhubungan itu hanya pada satu 'klik' dan hanya sekadar kenal2 biasa. Kalau erti sahabat pun engkau tak dapat nak kupaskan, apatah lagi kalau kau menginginkan sahabat yang sempurna. Bullshit untuk anda lagi sekali.

Engkau menginginkan sahabat yang sempurna tapi engkau yang mencari ini tidak pula memperbetulkan diri kearah kesempurnaan? Dah tak sempurna tapi hendak mencari sahabat yang sempurna? Begitu cantikkah engkau untuk berbuat demikian? Skema gittew.

Aku terdetik untuk menulis tentang sahabat ini apabila ramai blogger mula menuliskan tentang sahabat masing2. Sahabat yang dikatakan dahulunya itulah, dahulunya inilah dan seterusnya dan kadang2 agak mual dan annoyed aku membaca blog itu. Kadang2 terasa macam pathetic dan childish. Tidak dinafikan mungkin itu sahabat sebenarnya bagi si dia. Tapi apakah yang didefinasikan sebagai sahabat yang sempurna pada dia? Itu aku pun tak faham. Biasalah, perempuan ini lain sedikit perangai dia dengan lelaki. Kalau bercakap memang laju sahaja tapi selalu ikut emosi dan tak pandai nak reflect diri. Tak semua perempuanlah. Sesetengah sahaja.

Sedangkan binatang pun pandai untuk berkasih dalam perhubungan apetah lagi kita ini sebagai manusia yang ada akal untuk fikir secara rasional tapi tidak digunakan. Sadis. Shame on us!

Maafkan aku, tapi ini pendapat aku. Bagi aku, tiada sahabat yang sempurna dalam dunia ini, percayalah. Ya, mungkin si sahabat A ini senantiasa mendengar masalah2 engkau tapi siapa tahu si A ini bercerita tentang masalah engkau pada si Polan dan si Polan pula amat tidak menyukai kau. Siapa tahu, engkau Tuhankah kalau kau dapat tahu setiap hati dan perasaan masing2?

Maafkan aku sekali lagi jika kita tidak bersependapat. Tapi benarkan aku untuk menerangkan dahulu apa pendapat aku tentang sahabat yang sempurna berdasarkan pengalaman yang aku ada. Aku ada kenalan yang sangat rapat yang aku gelarkan sebagai sahabat dan yaa, ini baru ku namakan sahabat. Sahabat yang sudahku kenal semenjak aku dan dia berumur 6 tahun sehingga sekarang.

Senantiasa bersaing untuk menginginkan yang terbaik, kutuk mengutuk sehingga salah seorang daripada kami berkecil hati, pernah bertumbuk gara2 salah seorang mulut kami yang agak pedas, pernah bertekak kerana perempuan, pernah tarik muka kerana masalah yang dihadapi, pernah menghadapi masalah keluarga yang menjadikan kami mangsa keadaan dan lain2 lagi. Tapi aku dan dia masih lagi menghulurkan tangan jika salah seorang kelemasan dan genggaman tangan kami masih erat memegang bahu dan menunjukkan simbol peace pada setiap gambar kami. Dan sahabat aku itu tidaklah sempurna. Tapi ada aku dan hadirnya dia sebagai sahabatku yang membuatkan persahabatan itu mungkin boleh mencapai kesempurnaan. Sahabat yang sempurna dan persahabatan yang sempurna tidak membawa maksud dan situasi yang sama.


Bukan sahabat yang sempurna yang diperlukan untuk menjadikan persahabatan itu sempurna. Percayalah kataku! Tiada siapa yang sempurna didunia ini. Sedangkan Nabi Muhammad yang kita sanjung, manusia yang paling sempurna dalam dunia ini pun pernah ditegur oleh Allah dalam surah Abasa kerana tidak menghiraukan pertanyaan seorang buta. Inikan pula kita sebagai manusia biasa, jauh sama sekali dan jika engkau masih berkeras menginginkan sahabat yang sempurna.

Percayalah, setiap perhubungan terutama dalam persahabatan ada pasang dan surutnya, ada kemarau dan dinginnya, ada bunga dan luruhnya, ada yin dan yang nya. Tapi dengan adanya itu yang menjadikan ia satu bulatan sempurna. Bayangkan ketiadaan yin pada yang, tidak lengkap satu bulatan perkitaran perubahan perangai manusia. Bayangkan dunia kemarau tanpa dingin, dunia ini tiada angin monsun dan segala angin yang memerlukan tekanan udara sejuk dan panas. Bayangkan dunia hanya baik tiada jahat, ini bukan erti kehidupan yang sebenar dan kita hanya umpama mesin yang sudah diberikan tugas dan vice versa.

Jika engkau memahami erti dan maksud sahabat dan jika engkau mempunyai sahabat. Jagalah ia baik2. Jangan biarkan ia pergi begitu sahaja kerana mungkin ia sahabat sejati engkau yang mungkin membawa engkau berjiran di syurga nanti. Tiada istilah sahabat yang sempurna yang engkau cari itu, hanya perlu ada engkau dan sahabat yang membuatkan persahabatan itu sempurna jika, jika kau betul2 memahami apa itu sahabat.



0 comments:

Post a Comment