Sukan-Sukan Pelik Di Dunia

TUNARAMA
Sejenis sukan yang dimana menggunakan ikan Tuna yang sudah busuk untuk dilemparkan. Kalau korang search Google, secara automatiknya akan nampak negara Australia. Ya, sukan ini terkenal di Port Lincoln, Australia Selatan. Macam biasa, siapa yang dapat melempar ikan ini paling jauh akan menjadi pemenang.

CARDBOARD WARS
Ini pun boleh dijadikan sukan? Okey, ini agak pelik dan membazirkan kertas. Apa2 pun, acara ini juga dijadikan sukan malah terdapat liga untuk sukan ini. Setiap peserta yang menyertai mesti melengkapkan diri dengan mantel, pedang, perisai dan seterusnya dengan kadbod. Kemudian akan berperang menggunakan peralatan tersebut dan pemenang dipilih berdasarkan kadbod yang dapat bertahan lebih lama.

MISAI JANGGUT
Ini memang lagi pelik dan dikategorikan sebagai sukan juga. Kita boleh menyertai Pertandingan Misai dan Janggut Dunia jika kita mempunyai corak tersendiri dan pelik yang ada pada misai kita. Kepada sesiapa yang hendak menyertai, bolehlah menyimpan janggut dan misai korang bermula sekarang.

DWARF-THROWER
Sukan ini memang pun menjadikan orang kerdil sebagai bahan lawak. Bagi aku dikategorikan sebagai melampau sebab macam menginsult warga2 kerdil. Apa2 pun, sukan ini telah wujud di Australia (Australia lagi) pada tahun 1980-an. Sukan ini memerlukan lelaki yang gagah dan taf yang rasa boleh campak guni beras, bolehlah menyertai pertandingan itu. Tapi malang sekali sukan ini telah pun diharamkan kerana dilihat menghina dan menjatuhkan maruah orang kerdil yang comel lote ini.

CHESS BOXING
Sukan yang bukan sahaja mencabar fizikal tapi otak juga memainkan peranan penting untuk menjuarai sukan ini. Enki Bilal ialah orang yang mencetuskan idea untuk membuat sukan ini pada tahun 1992 (aku dah pandai merangkak time baby) dan sukan ini sangat femes amos(terkenal) di Britain, Siberia dan Eropah. Memerlukan dua orang yang berkeupayaan bertinju dan kemahiran catur kelas A. Dimainkan secara bergilir2 dimana pada pusingan pertama peserta dikehendaki bermain catur selama 4 minit sebelum bertinju semula selama 2 minit sehinggalah ada gadis seksi keluar menunjukkan pusingan 11 sebab maksimum ada 11 pusingan sahaja. Pemenang berdasarkan knock out dan checkmate.

CARRY YOUR WIFE
Diperkenalkan di Finland. Suami perlu mendukung isteri secara terbalik dan melalui laluan dan halangan dan telah disediakan. Pemenang dipilih berdasarkan pasangan mana yang tiba di garisan penamat dahulu. Sukan ini mungkin boleh mengeratkan hubungan antara si suami dan si isteri kalau menang. Kalau kalah tue potensi untuk bergaduh itu lebih besar.

COOPER's HILL
Sesiapa yang menyertai sukan ini diibaratkan sudah bersedia untuk patah tulang dan cedera parah. Aku yakin dekat television juga banyak menceritakan tentang sukan extreme yang pelik ini. Merupakan sukan tahunan Bukit Cooper, Gloucester, England. Dikatakan sukan ini warisan berzaman sejak 200 tahun dahulu. Pemenang berdasarkan kepada sesiapa yang tiba dahulu digarisan penamat dibawah bukit itu dan starting point dia dimulakan dengan jatuhnya kotak yang berisi keju dilepaskan. Pihak berkuasa telah pun melarang tapi nak buat macam mana kalau dah sebati darah daging plus siap jadi warisan berzaman lagi.
__________________________________________________________________________________

Macam-macam benda pelik ada zaman sekarang ini. Basketball jugak still the best. Hmm...

4 comments:

  1. ada satu ni, game tu kena dress up then lumba golekkan cheese hahaha :D

    ReplyDelete
  2. Yeke? Sama jek lah macam Cooper's Hill nie kan tapi dia tak kejar Cheese tue act. Cheese tue macam starting point jek hehe :D

    ReplyDelete
  3. Dapat bini macam gajah memang terbayekkk haha :D

    ReplyDelete