Desa Vista

KAMI mandi bersama.

Aku menatap bulan. Bulan kelihatan cantik. Telah disedia maklum, esok akan tiba gerhananya. Pastilah ia ingin berhias secantik mungkin sebelum hilang dari pandangan buat sementara waktu. Aku keseorangan di hadapan rumah sewaku ini. Desa Vista nama diberi. Fikiranku kusut. Terlalu banyak perkara yang bermain di benak fikiranku. Ah, mungkin aku sendiri yang terlalu kolot dan sensitif. Manakan tidak, sedar tak sedar sudah 2 tahun setengah aku bersama rakan-rakan rumahku berjuang untuk menuntut ilmu.




KAMI main tepung bersama.

17520 jam. Bersamaan dengan 2 tahun aku berada di rumah usang Desa Vista ini. Jika mata biasa memandang rumah itu, hanya lalang yang menjadi tatapan utama, cat yang sudah sampai masanya untuk ditukar, keadaan luar rumah yang agak bersepah dan segala yang negatif tentang 1st impression yang ada. Maklumlah, KAMI hanya pelajar. Tak mampu untuk menjaga keadaan rumah itu sepenuhnya.


KAMI keluar bersama.


Nombor 8, Jalan 2/8 Desa Vista. Itulah rumah yang dipandang istimewa oleh KAMI. KAMI yg dimaksudkan itu seberadik tapi lain ibu & ayah. Segala kenangan pahit & manis dicurahkan di rumah sewa yang tak seberapa ini. Masalah bau loji Desa Vista, kami sendiri sudah immune dgn bau itu. Bergaduh, tarik muka, burger, rogol *hanya istilah semata2 bagi kami*, fogging dan bermacam2 lagi. Ah, malas hendak difikirkan sebenarnya. Sedar tak sedar aku hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan meninggalkan Desa Vista ini.


KAMI bergotong royong bersama.

KAMI bergossip bersama.


Lagu 'Photograph' yg dinyanyikan oleh kumpulan Nickelback mula berkumandang. Aku membelek semula gambar2 yang ada ketika di semester2 sebelumnya. Terlalu banyak video personal yang kami buat utk tatapan diantara KAMI. Ada yang agak ganas dan tak sesuai ditatap oleh orang ramai. Biar ia menjadi kenangan KAMI. Aku tergelak besar. Terlalu banyak kenangan yang ada. Aku mula sebak. Aku melihat manja duduk di hadapan pintu. Hatiku kembali sebak. Siapa sangka kucing yg hanya dipungut dari Uptown Nilai mempunyai ciri2 kucing yang sangat jinak & comel. Dgn sikap manjanya sahaja sudah cukup menambat hati KAMI utk membelanya. Kadang2 aku terbayang juga. Bagaimana keadaan manja jika ketiadaan KAMI nanti. Hatiku gelisah & tersentuh melihat manja menggesel2kan badannya di kakiku. Oh, baru aku dapat tahu yang penyewa seterus rumah ini adalah seorang pensyarah di kolejku. Merangkap pakcik kepada salah seorang drp KAMI. Hatiku kembali riang memikirkan semula tentang keadaan manja.

KAMI bersama menjaga Manja. Manja kelip mata :)

Teringat kembali saat pertama aku dan salah seorang drp KAMI memulakan perbualan. Pada hari pertama aku masuk ke kelas. Semua sudah berada di tempat masing2 kecuali di sebelah kami-1 itu. Kebetulan, aku ada list nama class utk diberikan kepada ketua kelas & kebetulan dia adalah ketua kelas yang dilantik oleh Sir Jaldin. Aku & kami-1 menunggu pensyarah utk masuk ke kelas. Sementara itu, aku menyemak contact list didalam phone aku. Tiba2, kami-1 menegurku. Aku tersentak seketika. Dia bertanya, "Ilya tue budak rawang ke?". Kebetulan contact list aku ketika itu berada pada nama Ilya Hanis. Aku tergelak kecil kerana tak sangka mata kami-1 itu meliar juga ya. Pada saat itu, kami terus berbual dah menjadi deskmate selama 2 tahun 6 bulan tanpa renggang. Siapa sangka pertemuan seperti itu akan merapatkan kami seperti ini kan? Can you?

KAMI mendaki bersama.
Bila hangout, KAMI suka snap dalam tandas. Dululah.

Bercakap tentang karakter kami-1 ini. Dia seorang yang kerek, serius, pada awalnya sahaja :) nampak macam sombong tapi sebenarnya kepala senget juga. Cuba try buka satu topik dengannya. Pasti dia akan sambung sebaik mungkin untuk pastikan perbualan itu tidak bosan. Tapi dgn syarat anda mesti memulakan dulu perbualan. A good-looking person, aku jamin kalau perempuan tgk sure ada hati punya. Seorang yang skema, sewaktu ketika dahulu ketika semester 1 dia menyikat rambutnya ketepi & sentiasa pakai baju berkolar. Tak sangka sebenarnya yang aku akan satu rumah dengannya dan meja bersebelahan selama 2 tahun 6 bulan. Boleh masuk world record macam nie. Bila ajak dia pergi mana-mana, 1st ayat dia pasti dia akan jerit dan cakap "JOMMMM" kuat2. Siapa yang 1st time kena dengan dia memang jadi bengkek jugak. Tapi KAMI dah immune dah bila dia cakap macam tue. Kalau dia cakap mcm tue jek memang kenalah dia dgn KAMI haha. Bila dia bengang jek dgn orang tue. Dia suka ajuk balik cara orang tue bercakap haha. Macam budak2 jugak kadang2 tapi stail sebenarnya sbb itu antara salah satu cara paling senang nak back-up balik diri bila kena bahan. Seorang yang gemarkan bersukan terutama futsal. Bila berfutsal, badan berpeluh. Bila time itu, sangat terbaik! Hanya KAMI sahaja yang tahu huahuahuaa :D semester ke-2 ketika kami mula duduk di rumah sewa ini. KAMI kekurangan punca angin dan membuatkan kami terpaksa berkongsi kipas. Aku roommate bersama kami-2 dan kami-1 roommate dengan kami-4. Bila aku panas malam2, pasti aku akan ke hall untuk tidur sbb ada kipas besar disitu. Bila setiap kali keluar. Mesti aku nampak dia pun dah tidur dekat situ. Dah agak dah sbb bilik dia macam oven jugak panas dia haha. Lepas tue aku pun bentang comforter and tidur sebelah. Panas punya pasal haha.

KAMI bersama selama 3 tahun a.k.a 2 tahun 6 bulan.

KAMI pergi stadium bersama.


Teringat pula aku dekat kami-2 yang selalu datang bilik aku ketika semester 1. Maklumlah, time semester 1 bilik aku boleh dikatakan bilik heaven kerana segalanya ada didalam bilik itu plus aku duduk seorang sahaja didalam bilik itu. Kami-2 duduk di blok 3. Setiap kali dia ingin datang ke bilik aku pasti aku akan meminta pertolongannya untuk membeli roti Gardenia Butterscotch & air soya homesoy setiap kali dia datang ke bilik aku. Hampir setiap hari juga dia terpaksa buat begitu. Sejujur-jujurnya, aku rasa aku banyak membahan dia. Banyak kali juga dia beremosi denganku. Maklumlah, budak baru belajar erti gurau2 senda versi kasar :) kenalah biasakan dirikan?


Tapi apakan daya kami-2. Mungkin dia taknak bertemu lagi denganku tapi dia tak bernasib baik kerana kami satu rumah & roommate selama 2 tahun. Dan 2 tahun itu, kami-2 sentiasa dibuli. Aku abang besar dia haha. Ketika semester 1, kami semua bershisha di Hassan. Yang shisha pada waktu itu hanya aku, Aiman Muleb, Cha & last but not least kami-2 itu. Dan pada ketika itu juga kami berkenalan sedikit demi sedikit dan kami menjadi semakin rapat. Hinggakan dia sanggup dtg bilik ku tiap2 hari. Bukan untuk berjumpa dgnku sebenarnya. Tapi main game Left for Dead. Hampeh. Jahanam laptop aku. Itulah dia, kami-2.


KAMI bersuka-ria bersama. Btw, satu gambar RM30. Sunway cekik darah betul.

Kami-2 juga sangat terkenal dengan kelakar dia yang tak dilayan. Oleh itu, dia menjadi kelakar walaupun kelakar tue hambar. Faham tak kepada sesiapa yang membaca nie? Kalau tak faham. Aku pun tak tahu nak jelaskan mcm mana lagi. Tapi, kepala dia masih senget juga. Rumah asalnya di Bangi, memberikan KAMI advantaged kalau ada apa2 masalah boleh terus berhubung dengannya. Ternyata, dia banyak berkorban demi KAMI. Segalanya dikorbankan dgn rela hati tanpa diungkit & badannya juga turut dikorbankan demi KAMI agar KAMI dapat membulinya seperti biasa. Bukan buli actually tapi bergurau senda versi ganas & rakus hoho. Btw, kami-2 sentiasa act macam cool tapi sebenarnya kelakar orangnya. Good-looking as usual sbb dah ramai dah awek2 yang terpaut dengan kekacakan dia nie. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh roger sbb maybe dia berminat juga :) pernah satu hari, ketika KAMI dah habis bergurau senda dengan dia time mood aku sedang gila, aku tanya soalan ini kepadanya, "kami-2, kau menyesal tak datang bilik aku tiap2 hari masa semester 1 & roomate dgn aku 2 tahun & last but not least kau kenal dgn aku?". Dia membalas tanpa rasa menyesal, "menyesal jugaklah hahaha". KAMI semua tergelak dan kembali membulinya haha. Kan dah menyesal utk kali ke-2 haha.


KAMI bersweet-sweet bersama.
KAMI hangout bersama.

The Professor. Itulah gelaran yang ada untuk kami-3. Cukup petah dengan note2 buatannya sendiri. Dah boleh buat kamus dah note2 dia tue. Aku rasa professor nie dah boleh join lecturer MIAT mengajar. Tapi itulah dia, mula fokus terhadap apa yang ingin dicapainya semenjak semester 3. Terus melonjak mendapat gelaran The Professor & memenangi Nobel bagi anugerah note sendiri terbanyak. Hueeeeee haha. *peace*. Honestly & truthfully, aku tak berapa rapat sangat dgn kami-3 ketika semester 1 kerana dia sangat2 lah pemalu. Terkenal dgn sikap sopan santunnya yang sangat2 bagus! Respect! No wonder orang tua2 selalu cakap, respect, sopan-santun, hormat orang. Orang akan hormat balik kita. No wonder juga orang2 sekeliling dia semua menghormati dia. Tapi KAMI katakan tidak! Dia tetap kena burger seperti biasa. Tapi dalam 4 kali jek sepanjang 2 tahun sebab semua tak berani nak burger dia haha. But seriously, bila macam nak memperdajalkan dia jek mesti ada rasa bersalah yang teramat sangat2. So, tak jadi nak buat dekat dia. Macam tue lah cerita dia haha.

KAMI ambil angin di pagi hari bersama.
KAMI seberadik lain mak, lain ayah.

Bila nama pun sopan santun, memang tak boleh jugak nak sopan santun setiap masa selama 2 tahun kan? Kadang2 dia memberanikan dirinya untuk tak sopan santun untuk mengutuk & memfire orang. Aku pernah terkena. Bila terkena tue pasti akan terkedu sekejap. Macam, "woahhh". Teruja sebab dia mengata orang. Tak ambil hati pun apa yang dia kata tapi macam teruja sebab dia mengutuk orang hahaha. Kelakar pulak aku baca nie. Hancur hancur, baru ingat nak tulis skema. Nak feeling2 konon2nya. Tapi apakan daya, semua memori nie hanya mampu membuat aku tersengih. Tersengih macam kami-3 hueeeee hahaha :D *peace* :) as usual, KAMI the DV semua kacak kecuali aku. Bangga kalau ddk dengan orang kacak2 nie. Ada centre of attraction, aku boleh inter frame gitu. Belum cerita dekat kelas lagi. Dah berapa ramai dah perempuan sangkut dengan dia. Akan tetapi, dia jenis tak layan sangat sebab fokus terhadap teori baru utk E=mc2 dan ingin memenangi hadiah nobel baru. Hueee terpanjang HAHAHA. Okey, peace Arul. Jangan marah hehe. Tapi memang betul, dia jenis susah nak sangkut dekat perempuan. Kepada perempuan yang dapat memenangi hati dia. Aku salut lah! Serius :)


KAMI solat bersama.
KAMI mandi bersama.

Kami the 4 or kami-4. Berasal dari utara. Mai jauh nak pi menuntut ilmu nooo. Haaa tue dia. Cheq pun dah speaking utagha noo. Sapa2 dok pakat nak pi Penang boleh roger sama dia. Itu dia penduduk DV setia sebab setiap kali hujung minggu, semua pulang ke rumah masing2. Dia sahaja yang tinggal di rumah DV tue setiap minggu. Kadang2 risau jugak sebab macam mana dia nak makan & semuakan. Aku nak ajak dia pulang ke rumah sekali dgnku tapi apakan daya. Krisis keluargaku tidak ada pengakhirannya. Tapi, kami-4 masih cool & steady stay DV. Alhamdulillah so far dia masih hidup dan cergas dan tengah main bola sekarang. Aku kenal dengan kami-4 nie ketika di semester 1. Di konklusikan, bilik aku antara bilik dimana semua budak2 gather tgk movie or borak2 & lepak2 kalau tiada kerja. So, kami-4 nie selalu juga datang ke bilikku untuk membuangkan masa yang ada bersamaku & tidur. Haa, lagi satu. Ketika di semester 1. Dimana ada kami-1, mesti ada kami-4. Aku pun macam risau jugak. Gay ke diorang nie? Tapi ternyata mereka tidak gay apabila kami-1 sudah pun berumah tangga. Satu kelas pulak tuwww. Kerlasss gituw you'olls :)

KAMI support harimau malaya bersama.
KAMI berkelah bersama.

Orang kedua tertinggi di DV. Paling tinggi sudah semestinya aku. Anak mami, hitam2 manis gitu sudah berjaya menambat hati seorang gadis utara juga yang bernama Iera. Bukan main lagi cuti hari tue pergi dating :) kebanyakan orang utara or orang dari negeri2 yang mempunyai loghat sendiri. Kebanyakannya bila datang KL pasti melekat loghat dia. Sama macam kami-4 nie. Teringat ketika kami-4 nak memperkenalkan diri untuk subject Theory of Flight, "Namma sayya". Susah nak explain macam mana sebutan dia tapi lebih kurang begitulah sebutannya. Al-maklumlah, pure Penang mari. Bila penang mari combine dengan KL mari. Itulah jadinya haha. Cakap sahaja area2 dekat belah utara mesti dia tahu. Kami-4 rempit sejati belah utara. Semua shortcut dia tahu. Bila setiap kali hujung minggu ketika aku tak jadi balik rumah di Melaka, maka dialah peneman aku di DV ketika aku kesunyian. Tapi kadang2 dia ada or takda sama jek sunyi jugak sebab tidur sahaja kerja dia bila weekend. Terbaik haha.

KAMI-4 dan KAMI-2 bersama.
KAMI makan angin bersama.

Setiap yang berempat takkan complete tanpa ada kehadiran yang kelima. Orang kata, nombor ganjil ini baik. Macam Silat Lagenda gitu. Ada Hang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu & Kasturi. Sama seperti KAMI. Kami the 1st. Kami the 2nd. Kami the 3rd. Kami the 4th. Last but not least. Akulah KING KAMI hoho.


KAMI berinterview bersama.
KAMI berbackpack travel bersama.

Oh, KAMI yang terakhir sekali tidak perlulah dinyatakan sebab korang yang membaca pasti ada pandangan dan persepsi masing2kan. Aku terima seadanya dan seianya lagi2 daripada KAMI2 yang aku sayangi :') 1st of all. Terlalu banyak perkara yang kita pernah lalui. Aku rasa terlampau banyak. Dengan bermulanya hidup kita di DV dengan lauk Sardin tiap2 hari. Tapi malangnya lauk sardin tue hanya bertahan untuk seminggu. Lepas tue semua makan luar haha. Nama pun lelakikan. Memang taklah nak masak tiap2 hari plus kami serba kekurangan dekat dapur.


KAMI dengan pantai tak dapat dipisahkan.
KAMI memanjat sana dan sini bersama.

Setiap kali burger. Mesti aku jadi daging. Tapi takpe, sebab aku lagi suka daging daripada jadi roti bawah sekali. Aku pun bersyukur jgk sebab jarang kena 'rogol'. Kepada kami the 2nd. Maafkanlah KAMI2 ini kalau perbuatan KAMI mungkin kadang2 menyakitkan hati especially gurauan  daripada aku yang aku rasa sentiasa melampau. Maafkanlah aku yang lemah ini, sesungguhnya niat aku tiada lain tapi hanya untuk bergurau senda bersama rakan.

Teringat lagi kita tgk movie ramai2 dkt bilik aku dekat belakang ketika aku ada bawak speaker besar. Jadi oven bilik tue sbb panas sangat. Tonton movie pun sampai berpeluh ketiak. Kalau basah menangis takpa jugakkan. Last2, speaker & lappy semua bawak ke hall sebab tak tahan sangat panas. Teringat lagi time cuaca tengah bahang gila ada satu semester tue. Kita semua macam cacing kerawit baring ramai2 dekat hall sbb hall ada main fan. Baru tahu time tue apa hall punya main function haha.

KAMI bermandi di Lagoon bersama.
KAMI berhukum karma bersama.


Teringat lagi kami-4 kejar kami-2 lepas tue kami-4 jatuh mcm nangka depan pintu tue haha. Teringat lagi ketika kami-3 nak sepak bola dekat padang then terjatuh macam baby baru belajar jalan sampaikan aku dgn kami-4 gelak sampai nak pecah perut. Selepas jek aku dan kami-4 gelak sakan. Kami-4 terkena bola dekat telurnya*ehem ehemnya* dan kaki aku pulak terpeleot. Itu yang dikatakan tulah The Professor haha.Teringat lagi aku kena denggi dekat rumah nie. Macam orang dah nak mati dah. Lepas tue kami-1 pulak kena denggi. Terbaik hahaha. Banyak lagi perkara yg kita lalui bersama. Biarlah semua ini jadi kenangan diantara kita.

KAMI mencelup kaki bersama.
KAMI berjiwang bersama.


Tak sangka air mataku mula berair. Tak sangka masa berjalan begitu pantas. Jika ada peluang untuk mengulangi masa. Aku teringin untuk mengulangi masa dimana engkau bertanyakan soalan ini kepadaku, "Siapa nama? Kau asal mana bro?". Tapi malangnya, bermula dengan perbualan itulah yang membuatkan aku tidak ingin berpisah dengan KAMI. Sedih. Sebak. Terharu. Tersentuh. Perasaan aku bercampur baur. Perit sudah aku meninggalkan pengalaman 5 tahunku di Sekolah Alam Shah. Tapi yang ini pula datang. Aku cuba menolak ketepi tapi perasaan itu datang kembali. Mungkin aku yg terlampau emosi. No wonder aku layan lagu pun jiwang karat basi. Setiap yang mula ada tamat tapi saying goodbye is the hardest part.

KAMI mengrohanikan diri bersama.
KAMI travel bersama.

KAMI2 sekalian dan kawan2 seperjuanganku yang lain iaitu 5 Avionics 1. Aiman Mulut Lebar. Macha. Zainudin. Danny. Anish. Atirah. Julianna. Aby. Syafikah. Damyra. Afiq. Syabri. Aiman Ops. Afifudin. Hanif. Faezah. Sophea Rinda. Azim. Wawa. Iqbal. Teh. Dan semuanya jika ada yang aku terlupa. Terutama sekali KAMI.  Tiada apa yang inginku katakan selain TERIMA KASIHku dan MAAFKAN aku. Ya, terima kasih kerana sudi jadi kawan kepada aku yang gila & happy go lucky ini. Terima kasih atas pengalaman yang ada. Terima kasih atas semua makan & minum. Terima kasih segalanya! Dan yang paling aku ingin katakan. TERIMA KASIH ATAS PERSAHABATAN ini kawan2ku.

KAMI adventure bersama.
KAMI melompat bersama.


MAAFKAN aku jika ada salah dan silapku. Maafkan aku jika gurauan ku menyakiti hatimu. Maafkan aku jika aku selalu membuat kau berkecil hati. Maafkan aku jika aku selalu tidak hiraukanmu. Maafkan aku jikalau aku tidak mempedulikan kata2mu. Maafkan aku utk segala salah & silap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan MAAFKAN aku jika aku tidak bisa utk menjadi kawan yang sempurna buatmu. Just let me tell you something. Aku mungkin kelihatan ego kononnya ingin menjaga keterunaanku. Namun, tiba saatnya aku tidak boleh lagi menahan rasa sebak di hati ini. Sesungguhnya, you are the best part of my life. I LOVE YOU guys till the ends *hugs kuat kuat*. Semoga persahabatan kita ini kekal sampai ke JANNAH. InsyAllah :')

KAMI burger bersama.
KAMI bahagia bersama.
KAMI planking dan burgering bersama.

Akhir kata, terimalah lagu tak seberapa ini untuk korang. Kenangan Terindah & Patah Seribu. Record utk kali terakhir di rumah DESA VISTA tercinta :)

Kami-1. Kami the 1st - Abdul Rauf
Kami-2. Kami the 2nd - Mohammad Hasief
Kami-3. Kami the 3rd - Nazrul Ashraf
Kami-4. Kami the 4th - Ahmad Marwan
King Kami - Muhammad Syafiq:)


2 comments:

  1. ala.,lepas ni x jumpa korang dh la kt miat kan.,tp nasib ko prktikal kt KLIA je.,sekali sekala turun miat gtau la ye.,^^

    ReplyDelete