Jumaat The 13th

Beberapa jam sebelum ini. Terjadi suatu perkara yang aku inginkan tapi tak expect untuk terjadi tadi. Tanggal 13 Januari 2012. Tarikh dimana orang selalu phobia dok gara2 cerita psycho & thriller Friday The 13th. Tetapi, ini bukan kisah bunuh membunuh mahupun gigit menggigit. Tapi ini ada kisah teladan & tauladan seorang aku & seorang dia.

Masjid Batu 5, Batang 3.




Bersiap2 ke masjid pada pkl 12.30. Maklumlah, ayahku boleh dikategorikan sebagai orang kurang upaya. Kalau dapat parking jauh. Tak ke susah ayah aku nak berjalan ulang alik. Nak drop by pun tak boleh sbb itu alternatif utama pengguna jalan raya. Lagi2 treler. Ayah aku keluar kereta dah makan masa seminit. So, untuk mengelakkan perkara itu terjadi. Aku bersiap awal bersama ayahku.



Tiba dimasjid. Seperti biasa. Aku duduk disebelah ayahku & sebelah kiriku boleh dikategorikan senasib dgn ayahku. Pak Daud nama diberi. Seorang mantan tentera British *tak silap aku* & merangkap jiranku. Seorang mat salleh yang jatuh hati kepada kecantikan wanita melayu Melaka & akhirnya memeluk Islam sewaktu ketika dahulu.


Area Pak Daud, ayahku & aku seperti sudah tempat tetap sepanjang minggu. Kecuali aku akan naik ke atas kalau saf kosong dihadapan. Ayah aku & pak Daud terpaksa sembahyang dibawah kerana dibawah keupayaan mereka utk menaiki tangga walaupun tangga itu hanya 3 langkah.


Sedang aku asyik dengan telefon pintarku. Seorang pakcik Unknown X bersalaman dgn ayahku, pakcik Daud & tidak lari juga diriku ini. Selesai sahaja pakcik Unknown X bersalaman dgnku. Dia berkata, "Kenapa bermain telefon bimbit? Bukankah kita berada didalam masjid?" Itulah antara kata2nya yg diolah oleh aku sendiri supaya tidak kelihatan kejam & sentap hingga menusuk kalbu. Aku terdiam seribu bahasa. Sesungguhnya orang yg bijak mesti menutur kata. Jangan hanya membabi buta. Guna akal hak Pencipta kita. Supaya jgn ada sengsara di jiwa. Kata2 Baba Ranchodas Karikepala Capoz.



Pakcik Daud hanya tersenyum kepadaku. Dia seolah2 mengerti situasi sebenar yg aku hadapi. Hanya senyuman sahaja yg mampu diukir oleh pakcik Daud kepadaku. Aku terima senyuman itu seadanya. Aku tersenyum kembali sebagai tanda terima kasih. Aku meneruskan aktiviti yg aku buat yg diganggu oleh pakcik Unknown X sebentar tadi. Aku terus bersama telefon pintarku.


Aku aim dimana tempat pakcik Unknown X itu bersolat dgn niat ingin membelasah & memukulnya kerana menegurku dengan rakus dengan teguran yg tidak berhati perut. Oh, jgn salah sangka. Aku tidak segila itu untuk membuat perangai sebegitu rupa. Hanya untuk bersalaman dgnnya kerana telah menegurku.


Selesai sahaja kami solat Jumaat. Aku segera ke arah pakcik Unknown X untuk bersalaman dengannya. Selesai sahaja bersalaman dgnnya. Aku segera kecek, "timo kaseh laa yoo pakcik oii" ayat ini diolah oleh aku juga agar kelihatan sedikit funky. Seterusnya, aku mengeluarkan telefon bimbit pintarku, dan menunjukkannya sesuatu. Quran elektronikku. Aku senyum kepada pakcik Unknown X itu dan terus mendapatkan ayahku yang memerlukan pimpinanku untuk berjalan. Disaat aku melipat kerusi solat ayahku. Aku terlihat wajah pakcik Unknown itu seperti tidak gembira. Mungkin dia tersedar silapnya. Jangan hanya mengoinkoink buta tanpa usul periksa.




Dimana letaknya Agama tanpa rasional dgn menggunakan akal? Jgn mudah untuk berburuk sangka & selidiklah terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu benda. Sentiasalah berbaik sangka kerana itu adalah sebaik2 sangkaan. Spread the love & peace :)

Berbaik sangkalah. Sesungguhnya itu sebaik2 sangkaan sedangkan sangkaan itu juga hanya pendapat yang hanya diagak2 ataupun menduga sesuatu bak kata Kamus Dewan Edisi Terkini, Baba Ranchodas Karikepala Capoz. Buat apa mengagak2 dan menduga sesuatu yg buruk sedangkan ada side yg baik untuk diagak2 & diduga2kan. Renung2kan.



2 comments:

  1. all is well bro.,hehe
    yela.,zaman dia dulu mana ada bnda2 cmni fos.,alquran kalau nk baca, nmpk.,pegang kitab.,itu baca alquran.,
    zaman kita pegang phone pon bleh baca alquran., =)

    ReplyDelete
  2. Yup2, zaman makin maju. Rasionalism mesti mantap! Agama mesti seiringan. Baru modal insan yg Allah suka. Bukan Najib suka :)

    ReplyDelete