Pada tanggal 27 April 2012, bertempat di Sekolah Alam Shah Putrajaya telah berlangsung satu acara tahunan yang dikenali sebagai "Old Boys' Weekend". Dengan bermotokan "Welcome Home", aku sama sekali tidak melepaskan peluang apabila mendapat tahu semua rakan2 bola keranjangku tidak kira junior, senior & super senior akan datang. Sehinggakan acara ini juga membuatkan aku terlupa tentang keadaan isu semasa hingga terwujudnya soalan ini daripadaku, "Eh, hari nie ada Bersih eh?" haha.
Event ini berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Jumaat & Sabtu. Tetapi disebabkan rumah saudara yang aku duduk sekarang hanya beberapa kilometer sahaja dari sekolah, aku datang pada hari Sabtu. Banyak acara yang dipertandingkan seperti paintball, pingpong, badminton & last but not least bola keranjang.

Seperti yang telah ku ceritakan dalam
entri ini, kami semua sudah bersemangat untuk berjuang kembali untuk menebus semula maruah yang telah tercalar. Untuk mendapatkan semula apa yang kami impikan semenjak sekian lama yang sepatutnya menjadi milik kami.
28 April 2012, disebabkan
Old Boys Weekend (OBW) diadakan sekali dengan
Hari Karnival Sekolah Sultan Alam Shah, sekolah kelihatan agak padat daripada OBW yang sebelumnya. Acara pagi itu dimulakan dengan
perlawanan interhouse Bola Keranjang mengikut rumah kediaman masing2.
We have so much fun bila 'Abang2' team tahun
1979 datang bersama isteri & anak2 dan korang yang membaca ini jangan terkejut kerana mereka juga bermain sekali. Jangan dibilang paras rupa hanya pada usia, usia itu hanya nombor haha. Kerana cintakan bola keranjang & sekolah, mereka semua sanggup berkorban untuk menjayakan acara ini. Superb! Berikut ada keputusan interhouse yang sudah dijalankan:-
Seperti biasa, rumah
Tan Sri Jamil Rais iaitu rumah sukan aku ketika aku berada di Sekolah Alam Shah yang duhulunya dikenali sebagai rumah yang banyak bersukan. Tapi bab2 akedemik agak hancur haha. Aku mengaku. Oleh kerana itu, seperti biasa rumah kediaman
Tan Sri Jamil Rais mengungguli acara interhouse bagi Old Boys Weekend tahun 2012 dan MVP jatuh kepada aku *itu rekaan semata2*.
Sekarang aku sudah nampak flow yang mula ditunjukkan oleh setiap bekas pelajar Alam Shah lagi2 bekas pasukan Bola Keranjang Sekolah Alam Shah. Memang seronok habis bila semua orang berkumpul tanpa mengira umur dan bermain bola keranjang. Memang sangat best! Siapa sangka senior yang ketika aku berada di Tingkatan1 yang aku takuti & digeruni asbab senioriti yang berada di Sekolah itu, tapi sekarang pergi karaoke sama2, makan sama2, tonton wayang bersama & siap boleh bergurau2 & kutuk mengutuk antara satu sama lain tanpa perlu rasa cuaknya haha.
Inter-house OBW 2012.
 |
Zaaba vs Halimi |
 |
Hishamuddin vs Tan Sri Jamil Rais. Oh, ini game pertama & aku lambat datang |
 |
Dato' Onn vs Halimi |
 |
BERSIH vs PATRIOT haha. Hishamuddin vs Dato' Onn |
 |
Zaaba vs Tan Sri Jamil Rais |
 |
Dato Onn vs Tan Sri Jamil Rais. Tgk reff cuba nak goda2 aku haha |
 |
Dato' Onn vs Zaaba |
 |
Aminuddin Baki vs Zaaba. Kena jungkit baru sama tinggi dengan Abang Zarim. WHY YOU SO TALL ABG ZARIM! |
 |
Hishamuddin vs Aminuddin Baki. BERSIH vs Go Green |
 |
Halimi vs Aminuddin Baki |
 |
Aminuddin Baki vs Tan Sri Jamil Rais |
 |
Box-out yang sia2 kerana bola Tan Sri Jamil Rais semuanya mantap belaka |
 |
Apabila aku membuat spin Derrick Rose & semua orang tergamam haha |
 |
Isteri2, anak2, cucu bekas Pelajar Alam Shah |
 |
Tan Sri Jamil Rais terus maju, menempah kearah kejayaan |
 |
Abang Megat menembak dan masuk sudah semestinya |
 |
Aminuddin Baki vs Zaaba |
 |
Tan Sri Jamil Rais tight D! |
 |
Anak kepada Abang Syed Mohammad Ruffedge yang juga berkediaman Aminuddin Baki. Sangat comel! |
Episod OBW ini tidak habis begitu saja. Selepas tamat sahaja OBW inter-house. Tiba acara kemuncak untuk Homecoming Games dimana bekas2 Pelajar Sekolah Alam Shah merangkap bekas pemain Bola Keranjang Pasukan Alam Shah akan berentap dengan Alam Shah Titans, pasukan Sekolah Alam Shah kini untuk merampas Piala Tahunan 'Homecoming Games' yang berat bapak nie.
Homecoming Games OBW 2012.
 |
Apabila lawak hambarku tidak dilayan, maka aku di boo |
 |
Bersama Tan Sri, Dato', Pakcik, Atuk, Abang, dan nama2 yang sesuai untuk semua bekas2 Pasukan Bola Keranjang SAS |
 |
Kimi the Fuyyo Magic bersama Ash pembantu peribadi GayLord |
 |
Abang Zaharim legend Melayu arena bola keranjang di Malaysia. Aku? Kiri sekali |
 |
Alam Shah TITANS sengit tidak memberi peluang kepada Alam Shah ALL-STARS |
 |
Keputusan akhir Homecoming Games. 62 berbalas 48, bukan 52 |
Selesai sahaja acara Homecoming Games, maka bekas2 Pelajar Alam Shah pun mula berphotoshoot. Dengan kepakaran & kecanggihan gadget yang dimiliki Abang Max atas nama Anat Photography, mereka2 ini terus berphotoshoot. Kepada sesiapa yang berminat dengan karya beliau. Bolehlah menghubungi beliau di Facebook yang telahku linkkan itu. (apa lagi Abang Max, belanjalah saya. Saya dah promote dah haha)
 |
Apabila seorang Pilot gayLord ingin membuat dunk |
 |
Apabila seorang Torch-eng ingin membuat dunk |
 |
Apabila seorang Doktor guna kerusi nak dunk tp kerusi diedit & kantoi sikit hahaha |
 |
Apabila Yan si cina sepet ingin membuat alley-op |
 |
Apabila Abang2 yang dah berkahwin diberi green light oleh orang rumah untuk pergi karaoke pada malam itu |
 |
Apabila Kimi The Fuyyo Magic membuat magic |
Annual Dinner.
Selesai sahaja Homecoming Games, kami semua pulang ke Blok C dimana dahulunya tempat untuk mencari jambu2 fresh yang baru masuk ke sekolah ini haha. Tapi itu semua kisah lama. Sekarang mari kita buka buku baru dan masuk ke blok C untuk membersihkan diri & menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara Sodorm. Selepas itu, tibalah acara kemuncak dimana ada Anual Dinner yang telah disediakan oleh Pihak OBW kepada kami.
Ada kambing bakar! Sangat ohsem & kenyal sampai habis pengcungkil gigi aku habiskan. Pelbagai persembahan didendangkan kepada si pemakan kambing terutamanya daripada Pasukan Wind Orchestra SAS yang selalu sangat menang SBP comp. Keep it up guys! Korang memang superb! Tidak lupa juga kepada Kimi The Fuyyo Magic kerana sangat ohsem membuatkan gusiku tak kering haha. Kimi, buat magic sepam haha!
 |
Piala Tahunan OBW Basketball |
 |
Apabila semua batch duduk dibawah satu bumbung. Basketball, we are brotherhood |
 |
Mengambil medal untuk Tan Sri Jamil Rais bagi acara inter-house basketball |
 |
Joint of Extremely Rare & Knowledgeable SASians, (2000 - 2004) (2004 - 2008) (2008 -2012) |
 |
Keseronokan memakan kambing |
 |
Penyerahan jersey Alam Shah ALL-STARS kepada Tan Sri Samsudin Hitam, President ASAS |
 |
Kediaman Tan Sri Jamil Rais yang macho2 & hensem belaka walaupun bercucu, beranak & single & available |
 |
Bersama Piala Tahunan 'Homecoming Games' |
 |
Seorang engineer in training di MAS. Seorang Pilot MAS. Dan kami Tan Sri Jamil Rais! Dan itu senyuman kemenangan.
Piala Keseluruhan Sukan & Piala Homecoming Games (Basketball) |
Karaoke Time.
Selepas sahaja tamat acara penyampaian hadiah & sesi menangkap gambar. Maka tamat sudah OBW pada malam tersebut. Kini acara kemuncak iaitu karaoke bersama Alam Shah ALL-STARS yang ketuai oleh Abang Zaid dan juga artis jemputan iaitu Abang Syed Mohammad Ruffedge haha. Setelah mendapat green light daripada 'orang rumah' masing2, maka kami pun pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan segala tensi yang ada. Terbukti para basketballers bukan sahaja hebat di court malah hebat dalam pelbagai bidang lagi.
 |
Dekat karaoke pun sembang perancangan bola keranjang sekolah. Nice one Alam Shah! Alam Shah 80's till 20's |
 |
Itu dia bekas ahli kumpulan Ruffedge iaitu Abang Syed Mohammad |
Susah nak digambarkan dengan kata2 tapi itulah keseronokan yang dialami. Walaupun kulit hitam legam mengalahkan warna arang tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus maju dan membuktikan Alam Shah dahulunya hebat & akan hebat & tetap hebat sampai bila2. Mungkin itu semua akan mengambil masa tapi segalanya tidak mustahil jika kita semua bersemangat, tidak putus asa & istiqomah dalam melakukan sesuatu insyAllah.
Ada ketika dahulu dimana aku dicemuh, diprovokasi dengan keadaan sekeliling tentang bola keranjang. Apabila cakap tentang bola keranjang pasti Cina pegang, bola keranjang takkan maju seperti sukan lain seperti ragbi & seterusnya kata2 cemuhan yang lain. Tanpa ada daya pemikiran yang subjektif senang2 menghukum orang & meletakkan seseorang dalam neraka dunia hanya semata2 dia berbeza sedikit daripada kita. Kalau Itulah Melayu, itulah kita. Tapi kalau orang2 kita berbeza dengan murtad, seksi, & songsang (songsang sebenar), semuanya disanjung tinggi. Sangat tak mustahil ini mungkin pengakhiran dunia. Tapi aku tidak kisah semua itu kerana aku yakin dengan usaha yang telah aku tunjukkan & buktikan, akan lahir satu generasi baru dimana budaya berpemikiran positif amat diperlukan dalam generasi ini. Dimana aku akan berjaya & orang2 yang terus-terusan dengan mentaliti ini akan kecundang. Ketika itu mereka akan tahu dimana langit, dimana bumi, hanya berkata2 hangat, tapi hangat tahi ayam hanya sementara.
Oleh itu mari kita, disamping mengeratkan silaturahim sesama saudara seAgama & seBangsa, ayuh kita majukan diri kita sendiri agar kelak boleh menjadi orang yang berguna didunia & diakhirat, amin. InsyAllah. Go go Alam Shah TITANS & Alam Shah ALL-STARS! #GGAS
zaharim tu dah kawen dah?haha!lama tak jumpa die..
ReplyDeleteGreat and I have a neat offer: What Renos Add Value 1970's split level remodel
ReplyDelete