Hello 'A New Start'


Terkadang menapak ke belakang,
terkadang terperosok ke depan.
Diberi padanya sebuah kertas putih suci bersih untuk dicoret menjadi sebuah seni, seni kehidupan, walaupun kadangkala coretan itu tidak menjadi seperti yang diimpikan.

Hidup, jika tidak punya cabaran, jangan dipanggil ia kehidupan.
Aku Syafiq, inilah sedikit antonim dan sinonim, hitam dan putih lakaran hidupku. Melayu dan inggeris, aku rojakkan saja.


A random details:-

Nama: Muhammad Syafiq Othman
Nama gelaran: syaforce, sora, syaf, apiq
Tarikh Lahir: 30 Ogos
Berat: senantiasa berubah sekitar 79kg - 110kg
Tinggi: 184cm

Tempat Membesar: Melaka, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Edukasi: Wesley Church Kindergarten, Melaka. Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Melaka. Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Malaysian Institute of Aviation Technology, Sepang. City of Bristol College, Bristol. University of South Wales, Treforest.

Obsesi Yang Sangatku Obses:
Musik: Kygo, Sheila On 7, Kodaline, Red Hot Chili Peppers, Audioslave, Coldplay, Arctic Monkey, Kina Grannis, Maria Taylor, The Fray, Alan Walker, David Guetta, Samsons, Peterpan, Twickhead, Laila's Lounge & the list goes on & on, terlalu banyak.

Boleh dikatakan kaki semua sukan terutama sekali bola-keranjang, bola sepak & golf. Tapi malang tak berbau kaki cacat sedikit *ligament putus dilanggar mat salleh ketika Bristol Summer League 2014*. Bola sepak, aku kaki kidal & kaki yang putus ligament juga kaki kidal, GGWP.

Asbab aku kaki outdoor & Tuhan dah tarik nikmat kaki, literally. Maka, aku meneruskan obses aku yang lain iaitu bekarya, menulis, main permainan konsol/komputer *kaki DOTA*, dan alhamdulillah nikmat tangan masih lagi boleh digunakan dan aku meneruskan sukan tangan seperti biasa. *sukan ya, bukan hobi yang dalam toilet tu hmm* Jangan fikir bukan2 kaum Adam semua. Konklusi, aku sangat aktif.

Buku:
More into non-fiction. Contoh-contoh genre seperti dokumentasi, psychology, history and facts. Contoh buku-buku Paul William McKenna, Adam Smith, Milton Friedman & etc. Walaupun lebih kepada non-fiksi, aku suka juga baca karya-karya Sapardi Djoko Damono, Joko Pinurbo Buya Hamka, Rumi & etc.

Selebihnya:
Dengan kehadiran aku baharu, akanku manfaatkan semua laman sosialku untuk bercoret tentang sedikit asam garam perjalanananku mengharungi dunia. Ditakdirkan berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia. Datang dari kasta kelas tengah. Tapi punya cabang dari sepelusuk kelompok. Dari kasta kelas bawah hingga kasta kelas atas, semua aku pernah rasa.

Kata orang, hidup ini ibarat 'journey', menuju ke suatu destinasi. Dalam perjalanan ke destinasi, pasti banyak simpang. Ada yang sesat, ada yang tidak. Mungkin sesat sampai ke hutan, mungkin sesat di tengah bandar. Kebarangkalian indah, kebarangkalian tidak. Biasalah, tidak semua atma sempurna.

Terimalah sedikit sebanyak lakaran hidupku, 'journey' destinasiku. Moga-moga coretan ini berguna untuk kalian guna, kelak, jika aku tiada, sebagai saham untuk aku ke syurga.


Amin...

0 comments:

Post a Comment