Aku Lost, Dan Aku Masih Belajar





Aku lost.



Aku hilang satu sendi di kaki. Harapan untuk aktif terhenti. Semua impian sebelum 30ku terkubur mati.

Aku lost.
Aku hilang kawan. Yang so known 'kawan'. Kawan makan kawan. Sambil serang belakang macam haiwan. Mungkin patut ditukar 'kenalan'.

Aku lost.
Aku hilang tajaan pendidikan. Semuanya berantakan. Dilemma untuk berhenti atau teruskan. Dilemma untuk menghampakan harapan *ibu bapa*. Dan dilemma untuk memberitahu kebenaran *kepada mereka*.

Aku lost.
Aku hilang kepercayaan. Diberi janji manis bermetafora malahan berpuitis. Kerana pitis & tunai, janji tak ditunai, hilang kepercayaan ini.

Aku lost.
Aku hilang separa manusia. Siang malam penat semakin tenat. Diberi mentari, ilmu aku mencari. Diberi gelap, rezeki aku mencari, untuk menampung diri, dan yuran ilmu ini.

Aku lost. Aku lost. Aku lost.



Eh, sajak tak habis disini. Aku tak cerita happy ending lagi. Mana datang pelangi kalau tak hujan & hadirnya mentari? Rileks dulu meh lepak sini.



Aku belajar.
Aku belajar nikmat dunia Tuhan kasi. Pejam celik tup tap kena tarik nikmat kaki. Meraung tak berlagu fikir apa nak buat kejap lagi. Berlagak superstar konon hebat tak terperi. Basketball, bola, rowing, badminton, pingpong, ragbi & lain-lain lagi. PUIH! Hilang sendi satu, terus menangis macam nak mati.

Aku belajar. 
Aku belajar erti kawan & lawan. Benar kata orang, "uji seseorang dengan susah bersamamu, senang bersamamu. Dari situ kau kenal erti teman mahupun lawan." Malas nak cakap banyak. Sendiri boleh faham. Jangan cakap belakang. Even kalau nak bersetubuh pun tak elok di belakang. Tapi apakan daya, lalang bergerak ikut angin. Tak bolehlah kalau asyik kipas yang anginkan. Acah-acah depan wanita konon gentleman hero malaya. Tapi talam bermuka-muka. Siap fikir topeng malaikat apa nak guna pada hari ini. Diajak bincang ada yang sedut batang kecut telur. Sila simpan kelakian itu & wariskan. Dan jangan lupa teruskan menjadi lalang. Moga taufan datang membawa perangaimu pergi.

Aku belajar.
Aku belajar berdikari. Semuanya lengkap dari fees ke sara diri aku berdiri di kaki sendiri. Tanpa membeban orang yang aku kasihi. Kasihan mereka. Telah kumusnahkan harapan mereka beribu-ribu kali. Rasa bersalah menghantui. Tak henti2 doa diberi, tapi anaknya kelaut lautan hindi. Masih mencari darat untuk dilampiri. Tapi apakan daya, darat yang terdekat bukannya ibu pertiwi. Mungkin itu salah satu punca perangai aku macam ini *sigh*

Aku belajar.
Aku belajar memberi kepercayaan. Aku belajar memberi keyakinan. Jangan terlalu terpedaya dgn pujuk rayu manusia. Kebanyakannya hanya illusi semata-mata. Mula-mula dia kata, "biar hilang duit, jangan hilang kawan." Aku kata, "bullshit, letak satu trillion pound sterling, lihat siapa yang hipokrit." We live in the end of the world. Get used to it. Sbb statement dia sebelum ini, "aku malas nak berkawan dengan orang yang tak ada benefit." Mindfucked & munafik isnt it?

Aku belajar.
Aku belajar penat lelah. Aku faham erti kesederhanaan. Aku mengerti erti desperate. Tatkala setiap penny atau sen yang dibelanja, kau akan amik kira. Risau memikirkan rent bulan depan. Risau memikirkan peperiksaan. Risau memikirkan persekolahan. Risau memikirkan pekerjaan. Risau memikirkan barang dapur yang berkurangan. Risau memikirkan bil elektrik yang ingin dilangsaikan. Risau memikirkan, "apakah aku dapat bertahan?" Dan aku faham apa itu susah. Dan ketika susah, kau akan mula kabur antara syaitan & Tuhan. Tapi kau celik melihat kawan ataupun lawan. Sadis bukan? Terlalu daif & naif. Terlalu ikut perasaan berbanding akal fikiran.

Aku belajar. Aku belajar. Dan masih belajar. Dan mungkin kau juga harus belajar. Yang aku tak perlukan kepuraan.



0 comments:

Post a Comment