Konsert Gadis Semasa Sunsilk


Kepada sesiapa yang selalu menonton television pasti akan familiar dengan gambar diatas. Gambar tersebut adalah iklan mengenai pencarian Gadis Semasa Sunsilk yang hendaklah mendedahkan auratnya dan menyertai pertandingan ini untuk menguji kehebatan Sunsilk melembutkan rambutnya *mata keatas, tangan kedada*

Aku pun tak tahu apa function pencarian yang kononnya Gadis Semasa ini tapi apa yang aku tahu pencarian ini hanyalah untuk mencari bakat2 baru dalam dunia hiburan dan aku rasa itulah yang cuba disampaikan mengenai Gadis Semasa ini. 

Berlansung di Orange Dragonfly Club, dan aku dapat pergi ke konsert Sunsilk ini dengan free sebab dapat tix free. Tapi tix dia paling stail sebab tix dia bukan bagi ticket or kertas n so on tapi dalam bentuk SMS. Stailkan


Macam biasa, aku seorang yang music maniac ini pun pergilah kalau ada mana2 liveband nak buat show dan dapat tahu pulak yang perform untuk Sunsilk nie ada Hujan dan Yuna nak perform. Memang aku sukalah.

Conclusion, Hujan macam biasa memang awesome! Tapi Yuna aku agak kecewa sikit sebab dia salah bawak lagu. Dekat tempat2 macam itu sepatutnya bawalah lagu2 yang agak rancak sikit supaya orang yang penat berdiri tue rasa energetic n tak mengantuk such as lagu Cartoon Couple or Random Awesome n so on tapi jauh sekali sangkaan aku untuk Yuna perform lagu itu. Down down tapi it was a good show btw.

Yuna dan Melda Ahmad(pemenang pencarian Gadis Semasa)


Ella pun ada jugak tapi aku tak layan sangat Ella nie.


HUJAN

Ella dan pemenang pencarian Gadis Semasa

Hujan lagi

Yuna yuna!

Clicklah pic tue kalau nak besar erh pic. Sorrylah pic tak clear sangat coz tangkap pun guna iphone jek.

Plus, aku balik jek rumah abang aku aku terlihat sesuatu ketulan dengan lambang buah apple kene makan 1/4. Pelik dan pelik sebab abang aku ini dah ada macpro. Sekali tengok dia dah beli iMac baru. Okeyh, sangat2 jealous. Aku pun menggentel lah seperti biasa. 

Blog siapakah itu?


0 comments:

Post a Comment