Aidiladha In Bristol 2012


New friends. New gang. New memories :')
Tempat baru, suasana baru, cuaca baru, budaya baru, but it's still the same me. Dont worried too much friends. Tanggal 26/10, kami disini menyambut Hari Raya Aidiladha bersama Malaysian Community of Bristol ataupun dikenali sebangai MCB. Belajar area sini dan nak join? Bayar 10pound untuk fee tahunan. Lepas tue akan ada banyak gathering yang akan diadakan MCB. Silap2 mungkin anda dapat jodoh orang sini hoho.


Yup, kawan baru, geng baru. Tapi slack basketball dkt sini sangat tak baru. Lame sangat basketball dkt sini. Aku rasa nak cari basketball court dkt Malaysia 2.5 kali lagi senang drp nak cari basketball court dkt sini. Down downnn *sobs sobs*. So, nak taknak terpaksa main sukan lain. Nasib baik aku jenis bolehlah main sukan lain walaupun itu bukan main sport aku. Apa boleh buat, isteriku si bola keranjang merajuk sudah dengan orang2 sini *sobs sobs lagi*.

Seperti biasa, kami di Bristol ada komuniti sendiri. Abang2 semua dah macam adik beradik dah. Kami satu rumah pun dah macam kamcing gila. Nasib baik semua okey & sekepalalah jgk lagi2 Macha & Aiman ada sekali. Walaupun kadang2 hujan & ribut datang sekali sekala. Biasalah dalam perhubungan ada pasang surut dia. Perhubungan dari segi percintaan, persahabatan, berjiran & so on. Oleh itu, sabarkan lah diri & fikir secara waras. Sabar separuh iman. Cubalah rasa sesekali erti kesepian, kesunyian & jgn bergantung harap sgt dkt orang sekeliling utk membantu kita. Sebaik2nya kita mulakan langkah & ukir senyuman di bibir sendiri & jgn mengharapkan orang melayan kita 100% sempurna. Konklusinya drp apa yang aku merepek panjang itu, be positive & happy always. Even though it's a fake smiles. Just smiles, even though behind every smile hides a million tears. Just smiles.

Farid buat muka sedemikian rupa kerana cuaca diluar sejuk oink oink. Tp ingat apa yang sy kata diatas tadi. Senyum sahaja walaupun sejuk oink oink haha
Operasi membersih daging kambing. Jangan risau. Bukan daging oink oink
Operasi mengemas rumah pula bersama Aiman dan juga sayalah
Okey, yang pakai spec tue Azree. Dia masak serious sedap. Serius oink oink sedap & serius tak tipu
Tudia Abang Ayie dgn Abang Jambang Yg Dah Nak Panjang Wanabe

Persiapan utk kari kambing diadakan dirumah kami. Pembahagian tugas telah pun diaturkan oleh Abang Alias & kami meneruskan agenda memasak kami. Tp aku tak membantu banyak. Maklumlah, aku nie boleh dikategorikan tangan bangku. Walaupun takde istilah tangan bangku, aku tetap buat jugak khas utk aku. Jangan tanya kenapa, sekian terima kasih. Biar tangan bangku dapur, janji tak tangan bangku nak kemas2 & bersih hoho. Oleh kerana kami mempunyai agenda utk memasak, Abang Alias pun mempunyai agenda tersendiri tatkala dia takde apa2 yg boleh dibantu, FIFA dijadikan santapan selama berjam2 haha. Nice play Abang Alias.

Setelah lama mengidam basketball court. Maka aku pun dptlah dewan basketball court. Tp budak2 punya & dtg utk raya. Bukan berbola keranjang *sobs sobs*

Itu dia Imam Muda Ilyas menyampaikan khutbahnya menggunakan ipad. Zaman dah maju
Okey, Adam nie serius cute gilaaa! Yang kanan ya. Bukan kiri
Antara yang hadir pada solat hari raya sebentar tadi. Agak ramailah jgk. Itupun dalam gambar banyak lelaki. Perempuan boleh tahan jgk ramai.

Maka dengan habisnya solat raya. Maka bermulalah geng-geng Megabus Filton Avenue utk meneruskan aturcara seterusnya iaitu tangkap2 gambar sendiri, snap2 buat simbol 'peace', buat muncung itik, lompat2 macam beruk mahupun katak dan bermacam2 lagi gaya. Layan saja.

Macha, Azree, Ainud, Muleb :)
Alololo shuweet cangat gambar nie
Tanduk dulu before take-off
Take-off!
Operasi berak oleh Macha haha
Itu dia Kak Long Filton kita dgn kebayanya sudah interframe
Oppa Macha style
Oppa Filton St Michael styleee
Hidup class 12A
Pak Guard parking kereta berbaju melayu

Itu dia YB Aiman kita yang baru sahaja pulang dari Afrika

Antara jambu2 rebutan Fukud Fuad & juga Syamil hahaha

Itu dia disebalik tabir daun2 berguguran. Boleh amik course cinematography nie

Hero malaya walaupun macha

Drama rewind Kak Long Filton di flying kick


Itu diaaa. Hasil daripada Estilo & Model Agency. Kami semua berposing2 dengan bermacam2 gaya yang ada. Macho tak macholah kan? Kalah Taylor Lautner gitu *puihhh*. Untunglah korang2 yang boleh lawat2 rumah2 saudara, makan ketupat dgn kuah kacang, makan kuih raya, dpt bersih kubur nenek, dpt jumpa anak buah, dpt salam mak ayah, dpt apa yg boleh korang dpt.

Oleh itu, sementara umur masih ada & orang yg tersayang disekeliling pun masih ada. Please do appreciate them. Before it's too late. Kalau korang boleh sayangkan dah luahkan kasih sayang dkt boyfriend & girlfriend, tak salah untuk kita tunjukkan kasih sayang kita pada org yg sepatutnya betul2 kita sayang & layak dpt kasih sayang kita especially mak & ayah kita. Dapat pahala lagi tue. Chill bradah. Your girlfriend/boyfriend aint going nowhere. Your parents are the one who deserve your love at the 1st place. Syurga bawah tapak kaki ibu bro, walau seteruk mana pun ibu kita. Seteruk mana pun ayah kita. Remember this, dia adalah mak dan dia adalah ayah. Tanpa mereka, aku tak boleh nak tulis blog nie dan korang pun mungkin tak boleh nak baca apa yang aku tulis ini.

Seperti biasa, tak kisahlah korang nak cakap aku poyo ke apa sebab biasalah, dunia kita nie hitam putih jek act, mcm2 orang kita akan jumpa. Sedangkan putih pun boleh pancarkan lagi 7 warna, apatah lagi warna hitam. Cukup sudah dgn menerima pesanan ringkas dari Malaysia yg mengatakan ayah aku berada ICU, hanya Tuhan saja yg tahu perasaan hati aku. Itulah guna kita mengingatkan antara satu sama lain sebelum semunya terlambat :') apa2 pun, kalau ada tersalah & tersilap cakap. Maafkanlah aku. Sesungguhnya, aku hanya seorang insan, apabila bergelar insan maka tak lari seorang insan itu drp buat salah. Peace yaw, positifkan fikiran anda. Sesungguhnya, yang baik itu dtg daripada Allah, yg buruk tue datang drp kita sendiri. Salam Aidiladha untuk semua :)


0 comments:

Post a Comment