Buah Hati Pergi Tanah Suci

Aku ada dua orang buah hati yang aku cinta sampai mati. Dah mention dah dalam entry before this tapi kepada sesiapa yang tak tahu dan nak tahu? Klik SINI untuk sesiapa yang tidak mengenali buah hati aku yang sejati ini.

Baru2 ini, kedua2 buah hatiku ini pergi mengerjakan umrah. Amir, Ezra & semua ahli keluargaku pergi meninggalkanku keseorangan di Malaysia. Tapi tak mengapa, aku tak ikut atas asbab2 ingin menuntut ilmu hingga ke puncak horizontal stabilizer. Al-maklumlah, temankan ambil bidang kapal terbang2 nie.

Entri kali ini wujud bukan untuk menceritakan kesunyianku sepanjang ketiadaan keluargaku disemenanjung ataupun sebaliknya. Tetapi ingin menceritakan tentang buah hati aku yang tidak lain & tidak bukan, handsome boy Amir & pretty princess Ezra.

Umur Amir sekarang dah 3 tahun lebih, dan untuk pengetahuan korang, aku juga pernah pergi Mekah masa baya2 Amir tapi masa itu umur aku 2 tahun lebih. Kira aku extra cute sikitlahkan daripada Amir? Haha. Tapi serius aku nak pergi Mekah lagi. Walaupun pernah pergi tapi terasa nak pergi lagi. Moga2 umur aku panjang & sempat nak bawak keluarga semua pergi sana lagi. InsyAllah.

Alhamdulillah aku pernah pergi Mekah 3 kali tak silap & ada satu kisah menarik yang terjadi dekat Mekah. Tak silap aku masa aku pergi time umur aku 2 tahun nie kot. Watak yang terlibat adalah abang kedua aku yang dipanggil Angah. Kalau nak cerita terperinci memang berjela, diringkaskan cerita, Angah aku yang tengah pimpin aku, boleh pulak dia lupa aku then tinggallah aku terkapai2 dekat bazaar tue. Macam biasalah, aku pun menangis macam Mia Sara haha.

Aku dan Angah kesayanganku.
Aku pun tak ingat apa2 sebab kejadian berlaku masa kecilkan. Tapi apa yang aku ingat aku ada menangis kuat gila panggil nama ayah aku & emak aku. Oleh sebab itu, keluarga aku suka bahan aku kalau part nie. Untuk pengetahuan korang juga, masa aku kene tinggal dekat bazaar tue. Ada seorang hamba Allah nie pujuk aku n bawak aku pergi balik dekat family aku. Masa tue dia ada tanya, "ayah siapa nama?" "emak siapa nama?". Aku reply balik, "ayah nama Othman huaaa huaaaaa *sound effect nangis*, emak nama Hanifah huaa huaaaaa*nangis lagi kuat*" itulah yang aku ingat. Lepas tue memang kena marahlah Angah aku atas kelalaian beliau & aku terus dijadikan bahan keluarga haha.

Antara gambar2ku ketika umur 2 tahun di Arab Saudi.
Setelah penat berlari 100meter lari topik, berbalik pada topik asal. Amir the handsome boy & Ezra the pretty princess. So, here the pictures. Lihatlah gelagat2 anak buah aku as known as buah hatiku sampai kapan pun. Comel! Hee.

Dia memang handsome boy lah! Nanti dah besar Uncle ajar main basketball :)
AMIR bersama ayah tercinta
Ya Allah, tembam gile Ezra! Geram!
Makan nugget dengan auntie tercinta
Apabila dah penat dah buat perangai
Nasib baik unta tue lagi besar daripada dia
Confirm baru bangun tidur
Tido, nenen, main2 dengan diri sendiri sendiri then tidur. Good girl!
Happy family :)
Ezra hot stuff kat sana. Kalah Amir. Ramai nak tangkap gambar dengan Ezra
Ada jugak peminat Amir nie
Operasi OPS SEPAH sedang dijalankan
Happy family 2nd episode
Bukan main bulu mata dia
Penat Amir? Alolo
Auntie Nad n Amir
Seksis
Antara peminat Ezra yang ada
Episod pertama filem CEMBURU
Hero CEMBURU dah sampai. Tak boleh atuk dia cium orang lain
Ramai betul peminat dia. Dah besar jangan semprang macam Abang Amir eh? :P
Pose macho
Bukan main bulu mata diaa Si Tembam Ezra nie
Nak tau kenapa Amir tak masuk dalam gambar? Sebab Pak Arab tue menyakat dia haha
Masih belajar nak tunjuk peace
Sleeping beauty
Antara koleksi mainan Amir yang berjaya dibawa ke Mekah
Banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku ambil mana yang bersesuaian. On9 pun guna broadband. Internet rumah aku dah terminate sebab banyak sangat masalah then service sangat2 lah menyakitkan hati *invisible middle finger to TM*. Report dah buat 7 kali tapi service lansung tak improve & internet still problem as usual. Aku simpan surat report dia. Technician pun datang lagi menyakitkan hati dengan ayat2 yang aku kategorikan sebagai ayat2 tahi disitu. Tidak mengapa, tunggu UniFi sampai Melaka. Harap2 semua smooth jeklah nanti.

Alright, itu sahaja daripada buah hati aku tercinta iaitu AMIR dan NUR EZRA. Me love you...

3 comments:

  1. hehe.,yang amir tu ada iras2 haziq(syurga cinta)
    kan?

    ReplyDelete
  2. Hahaha agak aaa. Ada skit muka dia hahaha. Tapi amir lagi comelll hehehehe :P

    ReplyDelete
  3. haha~ cute!! mesti best kan?
    p/s:follow me....sohleeyaa@blogspot.com
    abg combong...x mo follow suria pun....

    ReplyDelete