Sarang Hae


Cinta, terlalu umum & terlalu bersifat subjektif sampai kita sendiri tak tahu apa erti maksud sebenar cinta & tak ramai yang tahu apa konteks cinta. Masih terkebil2 mencari apa maksud sebenar & tak menjumpai apa yang kita cari. Apabila kita bercakap soal cinta, hati memainkan peranan utama untuk berinteraksi dgn cinta. Hati & cinta, why you so confusing?


I love you, aku cinta kamu & demam korea di Malaysia kini, sarang hae, begitu senang untuk dilafazkan tapi tak semua memahami apa yang tersirat & tersurat dalam ayat tersebut. Masih  mencari2 sampai ada yang berpasangan putus sambung putus sambung sampai tak boleh nak bilang pakai jari. Dengan alasan masih mencari cinta sejati, kononnya. Semua ada pendirian & persepsi masing2. Semua orang ada hitam putih masing2. Sedangkan dalam putih sendiri terselindung lagi 7 warna. Menandakan susah utk kita memahami isi hati orang sebenarnya.


A big step ahead when im trying to be brave & gentle and try to be honest with myself. Finally i made it, it's hard though. Even after the incident, i still cant believe myself that ive done it. Angah aku ada cakap, "Adik, ikhlaskan niat". Ikhlas? Persoalan yang agak besar utk kita mempersoalkan. Alasan tipikal orang melayu yang selalu kita dengar, "Buat apa buat kalau tak ikhlas?". Aku terfikir sejenak. Agak susah utk menghuraikan ayat itu sebenarnya. Erti kata lain, soal hati, soal cinta, soal ikhlas, it is so wide & from now we still cant get it. Sesetengah orang mungkin pernah jumpa, tapi tak semua orang tahu apa yg sesetengah orang itu jumpa. Ibarat hantu, ramai yg bercerita tentangnya, malahan ada yang sanggup menipu mereka cerita pernah menjumpainya tapi tak ramai yg betul2 menjumpainya.

"Kalau tak ikhlas buat, tak payahlah buat". Masih terngiang lagi ayat tue. Then kalau tak ikhlas solat, tak payah solat lah eh? Agak bodoh jgk persoalan yg tiba2 terlintas kat fikiran aku ketika itu. Then, aku masih mencari erti keikhlasan *bukak Kamus Dewan*. Ikhlas = kejujuran & kesucian hati? Pulak dah. Soal hati, cinta, ikhlas pun tak terurai datang pulak term baru jujur & suci. Terfikir lagi, a simple words that can easily manipulated our mind dalam tak sedar. Last sekali aku terbaca, "tak mengharapkan apa2 balasan". Tiba2 aku tersedar lagi yang aku ini hanya hamba. Hamba siapa?

Contoh senang kalau kau tolong orang & berikan hampir semuanya pada dia, lastly he/she end up fading away from you, what do you feel? Itu baru contoh utk kawan2, belum lagi pasangan2 kekasih, suami isteri, keluarga & so on. Apatah lagi kita sebangai hamba kepada pencipta kita. We live in so much bless. I mean a lot of bless for me. I have my mak & ayah. I've got my Along yang super duper cool support me from behind. My Angah who always stand by me when im down. My sweetest Akak yang sentiasa dengan karenah dia yg dah tak macam akak dah haha. My bestest friend yang willingly to help me dalam apa jua situasi & kondusi aku ketika itu. Even my neighbor did dream about me when im far away from Malaysia. How sweet is that. Kalau konteks sebenar "Hamba" dalam tamadun Yunani, tak dapat apa yang aku dapat sekarang. Aku fikir lagi, sayang betul Tuan yang memiliki aku nie dkt aku. Kerana itu, walaupun tak ikhlas dlm membuat suatu perkara, keep on going. Buat sahaja perkara itu sebab keikhlasan akan menyusuli sebaik sahaja istiqomah dipergerakkan.


Ternyata aku dapat mencari apa yang aku kosong selama ini. Ikhlas. Aku tak ada keikhlasan. Kerana aku sentiasa mengharapkan sesuatu daripada apa yang aku buat. Disaat aku terkontang-kanting, orang datang tolong memberikan bantuan. Tapi bila orang lain memerlukan bantuan, aku lari. Ketidakikhlasan disitu. Sampai ketika aku bertemu dia.

Aku pernah melalui perkara yang sama, cinta & dicintai. Berbeza drp aku yang sebelum ini. Hanya mengharapkan penerimaan & terlalu egoistik dalam sesuatu perkara. Susah untuk menerima pendapat orang lain. Terasa diri ini sentiasa betul. Hanya aku yang hot stuff bagai padahal situasi sebenarnya jauh panggang dari api. Memang susah nak deal dgn aku lagi2 aku susah utk percaya orang. Walaupun kau rapat dgn aku & dalam kalangan keluarga mahupun kawan rapat, aku still tak akan percaya 100% sehinggakan aku sendiri melihatnya depan mata ataupun ada bukti kukuh. Terukkan aku? Dulu tiada istilah "Give & Take" langsung dalam kamus hidup aku. Then i realize that i need to change myself. Allah takkan ubah diri kita selagi kita tak ubah keadaan diri kita dahulu. Luckily, my bestest friends & my family know me so well. Alhamdulillah :)


Haih, banyak sangat merepek kerepek entah korang faham ke tak apa yang aku tulis ini. Orang kalau dah tulis ikut perasaan dah tak ingat apa2 lagi dah. Main tulis jek semua benda. Al-maklumlah, beremosi sikit haha. Hati pun dah lega sebab aku dah jalankan apa yang aku nak buat selama ini. Being gentle & straight to the point. Dah tak perlu berselindung & bertopengkan orang lain semata2 to impress someone. Be yourself. Just be yourself. Kalau dia bukan utk kau, redha kepadaNya.  InsyAllah mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau & yakin dgn kadaq & kadar. Kalau dalam adegan filem cinta romantik pulak, mesti kau tak ingin orang yang kau cinta berada dalam keadaan terpaksa ataupun meranakan? Mesti kau ingin dia bahagiakan? Oleh yang demikian, doakanlah kebahagiaan dia, termasuk kau sekali walaupun engkau dan dia mungkin tak ditakdirkan bersama.



0 comments:

Post a Comment