A330-200 Flight Simulator, Air Asia CAE

"Argh argh argh woahhh!" Kenapa aku menjerit? Itu semua emosi kerana syok gila bangat bermain flight simulator di CAE. Sangat2 best main flight simulator ini. Kepada yang 1st time datang sini & cakap tak best main flight simulator ini, itu boddo. Serius. Sangat best kot! Aku 1st time masuk pun dah macam 'woahhh' gila dah. Terasa macam duduk di ceruk hutan & sesat jumpa Key El. Kepada yang pernah naik kapal terbang, korang akan rasa motion yang sumpah demi Tuhan sebijik gila apabila bermain flight simulator ini tapi bezanya flight simulator ini dengan kapal terbang biasa, ianya sebuah simulator. Mana tak real dia punya motion, bayangkan kapsul yang kecik & hanya dilengkapi cockpit & motion extravaganza, harga sebuah flight simulator ini dah RM12juta.


Bermulanya kisah ketika balik sahaja dari MAS KLiA setelah memberikan komitmen kepada kerja. Tiba2 salah seorang kawan aku iaitu Din a.k.a flight instructor kami mengajak kami untuk ikut turut serta ke tempat kerjanya di CAE Air Asia. Kami itu ditemani saudara Amirul Afiq & juga Dhaus. Tempat On Job Training si flight instructor kami ini juga bersebelahan dengan hangar kami. Aku pun tak menolak sebab siapa yang menolak tue pun boddo jugak. Satu kali nak attend untuk main flight simulator ini, kau perlu ada duit poket sebanyak USD800. Kaya enough? So, kalau kaya enough, jangan lupa saudara *ehem ehem*. Okey, berbalik kepada topik asal. Konklusi, sumpah best! Susah nak digambarkan dengan kata2. Hanya gambar & video sahaja yang mampu untuk dipertontonkan. Enjoice rakan rakan.

Sempat bergambar di jambatan gantung menuju ke kapsul cockpit flight simulator ini
Bersama FO paling teruk didunia, Amirul Afiq
Bersama Captain playboy kita, Dhaus Roslan
Ready for take-off
Jakun detected. RM12juta kot. Gila apa tak jakun. Kalah Veyron
Mat Jonas Brother mengflipkan rambutnya
MAS & AirAsia. Satu negara, dua syarikat. Saling bertelagah
Inilah capsule flight simulator 12juta ini. Ada lagi 5 dari kanan
The awesome-ness of airbuss. Semua computerize. Mana pilot banyak tak berlemak jek. Engineering crew jugak yang banyak pening kepala

Ada banyak lagi video actually tapi semuanya banyak kata2 yang tidak ditapis. Disebabkan aku tak pro dalam nak edit video, aku masukkan yang mana 'agak' sesuai sikit untuk ditonton umum. Sekian, layan. Oh ya, untuk feel segala motion yang ada di flight simulator ini, kami off autopilot :)


0 comments:

Post a Comment