2011

2011. Tahun baru yang setiap orang drp kita mengharapkan sesuatu yang baik berlaku pada tahun ini. Begitu juga aku. Meletakkan harapan begitu tinggi agar segalanya bisa untuk berjalan dengan lancar dan lebih baik dr tahun sebelumnya.
Tapi apakan daya, aku telah diuji pada awalnya dengan masalah-masalah yang menimpaku. Namun ia tidak semudah itu untuk meruntunkan segala semangat yang aku ada sekarang kerna aku percaya akanNya. Sakit lamaku mungkin datang kembali, keputusan peperiksaanku mungkin banyak yang gagal, makanku mungkin tak kenyang, tidurku mungkin tak lena dan mandiku mungkin tak basah. Tapi, segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini sebagai satu petanda utk aku sentiasa berhati-hati dan ingat bahawa hidup ini sementara. Tiada apa yang kekal abadi selamanya di dunia ini.


*click the picture to know de answers =) *


Mungkin masalah-masalahku ini sudah cukup besar bagiku tapi aku sentiasa berfikiran positif yang masalahku tidaklah begitu besar kalau dibandingkan dengan orang-orang yang diuji lagi teruk daripadaku. At least aku cukup jugak makan 3 kali sehari. Terlebih makan lagi tue. Ada orang tak dapat makan lansung. Itupun kena berikat perut. Apatah lagi aku terdengar berita bahawa seorang kawan rapatku yang bernama Ismail Abu Hasan ketika disekolah menengah dahulu sudah kehilangan ibunya yang tercinta. So, conclusionnya. Walau sebesar mana pun masalah kita. Tak payah lah nak merungut dan complain sana sini sedangkan ada orang yang lagi teruk masalahnya. Di kesempatan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan arwah ibu kepada kawanku agar dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.


insyAllah

2 comments:

  1. firstly, layout and everything is super cool here!

    secondly, have a great 2011 syafoz! :') may Allah bless everything you do.

    ReplyDelete
  2. Thankss afiqah. U too. Lama dah tak dengar cerita pasal awak erh :'|

    ReplyDelete