Wheel & Brake MAS KLiA. A380

Sesungguhnya yang telah digembar gemburkan didalam berita yang MAS sudah membeli A380 yang sangat awesome adalah tipu. Bukan tipu sebab MAS beli A380 tapi tipu sebab dalam berita cakap awesome jek. Tak cakap super pun. Super awesome kot A380. Oleh kerana terlampau awesome dan terlebih awesome, aku jatuh cinta padamu A380 walaupun aku dengan A380 belum lagi bertemu. Itu nama dia cinta, eceh.

Seperti biasa, ramai yang tidak tahu aku sekarang sedang berpraktikal untuk tahun akhir aku di Malaysia Airlines yang super awesome *ini was-was*. Pembahagian tugas di MAS KLiA agak awesome jugak walaupun kadang2 masuk Line yang sangat takde kaitan tentang course yang aku ambil. Kadang2 aku macam hah? What? Then macam what the Fasha Sandal hamil masuk berita? Then macam what the Ferrari accident dekat Singapore tue?


Oh ya, lupa nak bagitau. Dekat MAS KLiA ada 2 hangar. Hangar tue bukan penyangkut baju ya. Itu hang'e'r. Ramai salah faham & tak tau apa itu hangar. Disebabkan hangar MAS besar bapak punya, satu Hangar 5 & satu lagi Hangar 6. Di Hangar 5 ada 4 Line & di Hangar 6 ada 3 Line. Line itu umpama tempat parking untuk kapal terbang dioperate-kan. Sekian terima kasih. Dan kali ini aku dijadualkan untuk berpraktikal di Wheel & Brake. Satu2nya workshop Wheel & Brake untuk kapal yang berterbangan yang ada di Malaysia ini *hidup MAS!* #LOL. Fyi, Wheel & Brake  tue tak termasuk dalam Line ya. Itu workshop.

Walaupun tiada kaitan LANGSUNG dengan aku kerana aku Avionics yang awesome, tapi aku terpaksa juga untuk berpraktikal disitu dengan alasan yang diberi oleh pengurusan MIAT & MAS yang awesome, "itu semua untuk pengalaman". Agak tahi tapi tak mengapa, aku follow the flow & voala, ditakdirkan aku dengan Wheel Hub & Tyre A380 pertama milik Malaysia! Plus A380 hanya akan park & dioperation di MAS KLiA & insyAllah aku sempat untuk menggentel A380 nanti.

Bangga gila. Sumpah bangga tak tipu. Nanti aku ada anak aku ada banyak cerita boleh cerita dekat anak aku. Takdelah nak cerita dekat anak aku, "Dulu papa selalu pergi clubbing dekat situ tue. Haa, nampak perempuan tue? Itulah bekas daughter2 fish papa". What the Fasha Sandal? Kepada sesiapa yang tak pernah tonton A380 landing or take off boleh pergi dekat runway terdekat di Malaysia dan lihat sendiri bunyi engine dia yang super duper awesome & lalu atas kepala!  Tonton dekat TubeAwak serius tak feel. Sangat sangat tak feel. Damn! I just love the A380 engine sound especially when it take off. Kalau kau tak jatuh hati kau tipu. Ataupun mungkin darah medic kau mengalir kuat sangat. #EH?

Berikut adalah gambar aku bersama kawan sepraktikalku menguruskan Tyre & Hub A380 yang super duper awesome!

Ini tayar
Nama kilang Wheel itu ada kaitan dengan madu
Pepatah 'Bagai Isi Dengan Kuku' dah tak boleh diterima pakai. Zaman sekarang pakai 'Bagai Bolt Dengan Nut'. Awesome
Satu rod besi panjang yang kita nampak ini berharga 10K ringgit Malaysia. Satu main wheel A380 ini ada 11. Itu untuk satu tayar. A380 20 main wheel tak silap aku. So, 20 x 11 x 10,000. Itulah harga batang besi panjang itu sahaja. Gila
Doktor Rozmey Doktor Rozmey *hugs*
Besar nose wheel & main wheel lebih kurang sama tapi main wheel lagi besar
Rakan sepraktikal seangkatan, Putera Hang Nadim. Tidak lupa Fareez the handsome boy & Irfan the budak kacamata boy
Operasi dimulakan
Apabila tayar dimasukkan & menturuti segala prosedur

Doktor Rozmey Episod 2
Apabila sudah dipam
Oh ya, 200Psi fully nitrogen. Sekali meletup, bye bye orang sekeliling
Rakan seperjuangan sepraktikal. Cuma Bobby jek tiada. Oh Bobby Bobby

Mula2 semua cover2 & malu2 ambil gambar. Selepas itu ada technician datang, "Eh, pergilah tatap puas2. A380 tue. Korang pulak yang 1st dalam Malaysia dapat pegang". Oleh itu, kami apatah lagi. Tidak mensia2kan peluang hoho. Seterusnya aku ke NDT. Dengan berkelakuan seperti orang jakun yang pertama kali masuk wayang. Aku pun menghampiri sebuah alat yang bernama Defectometer.

Ini Defectometer & menurut Ayah Mertua Nadim, dia berkata, "Kau nak tau berapa harga benda nie? 27K jek & rod batang tue pun 4-5K jek" JEK? JEK?

Cover lampu *ini* pun beriban2. Tak mustahil untuk yang lain berbillion2. Mashkur baba. Ini sahaja saya nak cerita. Moga2 anda baca dengan minda terbuka sambil tidak bermonolog dalaman, "hek eleh mamat nie, poyo gila. Macam dia sorang jek dalam dunia nie". Oh ya, sebelum aku terlupa. Aku tak kisah pun kalau ada yang ingin berkata sedemikian. Senyum saja. Sekian terima kasih. Jaga diri. Assalamualaikum :)


1 comments:

  1. peh bestnya praktikal kat MAS, mesti selalu naik kapal terobang... done follow - Noob

    ReplyDelete