Pulau Besar, Sultan Al-Ariffin, Raja Sheikh Ashman

Sultan Al-Ariffin,
Tanpa dia, Parameswara mungkin tidak memeluk Islam.
Tanpa dia, membangunnya tanah Melaka sebagai pusat aktivis Islam mungkin tiada.
Tanpa dia, tanah Melayu ini mungkin tidak digelar 'Melayu'
Tanpa dia, mungkin juga kita bukan Islam.

Sampai sahaja di rumah selepas tamat Sekolah Alam Shah Old Boys Weekend, abang aku yang aku panggil Angah terus mengajakku menemaninya ke Pulau Besar Melaka. Kebetulan aku juga tak pernah pergi ke Pulau Besar, aku pun tak lepaskan peluang untuk follow bersama. Mula2 terasa malas jugak sebab badan dah penat teramat sebab main bola keranjang satu hari suntuk ditambahkan lagi dengan makan kambing bakar & memandu lagi & sakit hati & stress lagi, tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sekurang2nya terubat sikit sakit dihati menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan walaupun matahari agak bahang menyengat.

Pemandangan Jeti Pulau Besar
Baju ASAS tak tukar2 lagi tanda aku belum mandi


Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, mungkin ramai yang samar2 dengan namanya. Bahawasanya, beliau adalah keturunan ke-18 Rasulullah SAW & seseorang yang sangat tawaduq hingga sanggup meninggalkan tanah airnya sendiri dan datang ke Tanah Melayu & Kepulauan Jawa untuk menyebarkan Islam. Meredah lautan beribu2 batu, meninggalkan segala keselesaan di rumah & di tanah air sendiri, berada di atas kapal berbulan2 lamanya, datang dengan azam & berjuang sehabis-habisan fisabillah. Itulah yang kita mahu, BERSIHkan diri dengan cara yang sebetul2nya. Jangan dibersihkan orang lain sedangkan diri sendiri penuh bergelumang dengan dosa *refleksi diri*.


No wonder Raja Sheikh Ashman Shah Ibni Raja Azlan Shah & Ulama'2 lain amat menyanjungi Sultan Al-Ariffin dan pasti akan menziarahi makam Sultan Al-Ariffin jika mereka semua singgah ke Melaka. Dikesempatan itu, mari kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada Raja Sheikh Ashman yang telah mangkat & kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 30 Mac 2012, tidak lupa juga kepada Sultan Al-Ariffin, Al-Fatihah. Abang aku bergurukan Raja Sheikh Ashman untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam & kadangkala bai'ah juga diadakan & alhamdulillah aku sempat untuk menghadiri semua itu & bersalaman dengan Raja Sheikh Ashman di Zawiyah, Bukit Damansara.

Salah satu pemberian Raja Sheikh Ashman kepadaku. Sentiasa disimpan untuk dijadikan kenangan

Raja Sheikh Ashman, beliau merupakan anakanda Sultan yang bersikap sangat2 down to earth sehinggakan kalau ada orang hendak sembah *adat Melayu, sembah Sultan*, dia akan berundur ke belakang sikit sebagai tanda tidak berapa suka untuk diperlakukan sebegitu. Beliau juga pernah memberi gula2 Lot 100 Fruit Gummi kepadaku dan selalu mengajak rakan2 Zawiyah yang lain tanpa mengira status untuk berfutsal & melakukan aktiviti lain & lain2 lagi perkara lagi yang tidak menggambarkan statusnya sebagai seorang anakanda Sultan. Seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilan yang menuruti Sunnah2 Nabi.


Kepada sesiapa yang nak datang Pulau Besar datanglah. Taklah secantik Tioman, Pangkor, Sipadan & pulau2 hebat yang lain tapi cukup sekadar nak merehatkan minda. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Pulau Besar, Mr Googlekan ada. Do ask him :)


0 comments:

Post a Comment