Topeng-Topeng Hipokrasi


Hidup ini tak diduga dan diluar sana penuh dengan dusta yang biasanya membutakan semua mata yang melihatnya. Siapa sangka Ariel Peterpan yang hanya mengucup pipi Luna Maya dengan malu-malu diatas gesakan para penonton dan MC *click this to watch* yang tidak mengenali erti suatu dosa disatu anugerah di Indonesia sedangkan realiti disebalik tabir yang sudah didedahkan, bukan hanya ciuman di pipi sahaja diberikan malah lebih daripada ciuman sedangkan alat kemaluannya sendiri sudah bersentuhan.

Bukan niatku untuk mengaibkan sesuatu perkara dan pihaknya. Cuba kita berfikiran positif dan bersama mencari konklusi dan memuhasabah diri dimana akar masalah ini terjadi. Kenapa terlalu ramai orang yang berpura-pura dan yang bertopeng dalam kalangan kita. Mungkin kita juga tidak lari untuk jadi salah satu daripadanya. Contoh paling senang yang telah ku nyatakan diatas. Pasangan seperti itukah yang kau cakapkan pasangan yang baik dan malu?

Bisikan syaitan siapa yang tahu, nafsu digoda tak tentu. Janganlah kau percaya akan sesuatu yang terang-terang pendustaannya. Dunia ini penuh pancaroba, mulut orang memang senantiasa nak mengata, entri yang ku tulis untuk menjadi tatapan kita semua untuk memotivasikan diri juga pasti akan menjadi satu isu dan buah mulut mereka. Mereka tidak pernah sedar akan situasi ini dan kerna itu mereka bijak untuk berkata-kata tanpa usul periksa. Diamku jangan disangka buta, bisingmu jangan disangka penuh makna, mungkin penuh dengan makna tapi hanya makna yang tiada guna dan sia-sia.

Apabila sudah terserlah kejahatannya, janganlah diback up dan dibantu lagi. Kalau mahu dibantu tue boleh tapi biarlah dari segi moral dan intelektual. Bukan back up back up lagi kesalahannya. Kesalahan tetap satu kesalahan sebab itulah nama dia pun salah. Takkan menjadi betul melainkan kau cuba untuk memanipulasikan kebenaran hingga mencetuskan syak wasangka dan kebiasaannya kerja ini dilakukan oleh syaitan, memanipulasikan kebenaran. Kau ingin menjadi salah seorang daripada anggota syaitan? Tahniah! Anda yang mencuba tue sudah pun menjadi sebahagian daripada mereka. Teruskan.


Permainan psychologymu berakhir sampai disini, mungkin aku tidak bijak untuk menyampaikan sesuatu yang mudah untuk difahami, kerna aku bukan pelajar tesl, law, ahli karyawan mahupun pakar psychology untuk bijak bermain dan mengatur kata dan sebagainya. Tapi cukuplah sekadar untuk orang yang membaca entryku ini faham dan memahami apa yang cuba aku sampaikan ini dan mengerti apa yang terjadi disekeliling kita. Ternyata perbuatan dan kesalahan mereka itu salah, dah nama pun kesalahan, tapi semuanya dibutakan begitu sahaja.

Aku bukanlah seorang yang bertitlekan professor untuk memberi teori tentang masalah ini. Aku juga bukanlah karyawan yang mampu untuk menghiperbolakan segala maksud-maksud yang cuba disampaikan, apa yang aku ada hanyalah akal yang diberikan oleh Tuhan untuk berfikir secara rasional dan logik akal dan itulah sebenar kegunaan akal, dapat membezakan yang tahi ataupun nasi untuk dipilih dijadikan santapan. Yes, tahi itu najis dan nasi itu makanan, kalau macam itu bagaimana pula dengan tahi dan air kencing? Kedua-duanya itu najis tapi jika diberi pilihan, yang mana satu akan kamu pilih?

Jika kau pilih salah satu daripadanya, maka, perbaikilah akalmu, kuatkan imanmu. There's something wrong with it. Jikalau kita dapat berfikir secara logik akalnya pun antara tahi dan air kencing, takkan lah nak jadikan najis sebagai makanan kitakan? So, buat apa nak pilih.Tak payahlah pilih. Hidup ini banyak pilihan. Itu baru hanya permainan psychology diantara manusia. Bagaimana pula dengan permainan psychology dengan yang bukan manusia yang sudah bersumpah kepada Tuhan akan menyesatkan kita sampai hari kebangkitan kita. Sama-samalah kita renungkan.




2 comments: