Insan Misteri, Terima Kasih Kepadamu Walaupun Sementara


Di saat engkau berada di dalam kesedihan dan kedukaan, tiba2 entah dari mana muncul seorang yang datang menemanimu dan berkongsi duka bersamamu. Merawat segala kelukaan dan kepiluan yang bertambat dihatimu. Pada masa itu, kehadirannya umpama malaikat turun dari syurga menyampaikan berita gembira. Engkau amat bersyukur kerana hadirnya seorang yang bisa menyapu semua air matamu dan sedu di hatimu.


Hari kian berlalu, masa tetap berlari, setiap saat kau menantikannya. Setiap cerita dan berita yang dikhabarkan olehnya membuatkan hatimu lupa segala kedukaan yang engkau alami. Sampai satu saat, engkau merasakan hari kau tidak akan sempurna jika tanpa kehadirannya. Masa seakan terhenti. Dunia berhenti berputar. Resah kian menjelma. Dan engkau merasakan engkau akan lalui semuanya bersama si dia.

Engkau rindukannya. belaian kasih yang dicurahkan olehnya membuatkan engkau tersentuh. Sikapnya yang penyayang dan segala tentangnya. Rindu, kasih dan kau terima ketulusan jiwanya.

Disaat kau merasakan hati kau telah terubat, dia pergi meninggalkan engkau. Jauh. Engkau menjadi bingung. Kau merasakan takdir telah tertulis yang engkau akan dipertemukan dengannya, tapi tanpa kau ketahui takdir itu juga yang telah memisahkan engkau dan dia.


Hubungan mesra engkau dan dia terjalin bagai engkau sudah mengenali dia dengan begitu lama. Segala kenangan antara kau dan dia hanya menjadi memori silam. Walaupun pertemuan yang seketika, tapi sangat bermakna dalam hidup engkau. Dan sampai ini, kau masih terkenangkannya.

Engkau yakin semuanya berlaku ada hikmahnya. Biarkan engkau yang merancang dan engkau percaya Allah sebaik2 perancang dan Allah jugalah yang menentukannya. Kehadiran Si Dia dalam hidup engkau tidak dijadikan satu penyesalan. Sebaliknya, engkau menjadikan ia sebagai nota kaki bahawasanya datangnya ia hanya untuk menyembuhkan luka dihati walaupun kadang2 sesetengah orang tidak mengerti.

Ternyata, Allah menyangi si Dia lebih daripada engkau. Kuatkan diri engkau, Syafiq.





0 comments:

Post a Comment