Grand Lexis, Port Dickson

Seperti biasa, rutin mingguanku pada tiap2 minggu adalah pulang ke Melaka. Bukan homesick mahupun ingin mendapatkan duit daripada ayahku ataupun nak tidur bawah ketiak mak tapi aku pulang atas tanggungjawab kerana ayahku boleh dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya. Nak harapkan mak aku, memang tak laratlah mak aku. Akak aku pun seorang lecturer, sibuk mengajar. Hujung minggu pula dia sibuk belajar sebab dia sekarang tengah sambung master. Kadang2 kesian jugak tgk keadaan akak aku. Terhambat sana terhambat sini, kena marah itu, kena marah ini. Tapi biasalah, deal dengan orang tua mesti banyak bersabar. Walaupun akak aku banyak menangis, dia tak pernah mengeluh. Sebab dia kuat! Superb akak aku.

Seperti biasa hujung minggu bila tiada kerja, sedang berehat2 diatas kerusi urut Ogawa di bilik sembahyang rumahku, tiba2 aku mendapat satu pesanan ringkas daripada Angahku pada Sabtu pagi, 19/05/12, "Assalamualaikum adik, kau ada dekat rumah kan? Siap2kan ayah & suruh mak siap2 datang dekat Grand Lexis, Port Dickson". Aku pun segera memberitahu mak. Tapi riak wajah mak seperti sudah tahu berita itu dengan lebih awal. Mak pun memberi arahan kepadaku, "Cepat siap2kan ayah tue". Arahan diterima.


Timing memang cantik. Time itu jugaklah ayah aku nak buang air besar. Oh ya, ayah aku tak boleh berjalan. Segala kerja yang ingin dilakukan beliau mesti dibantu. Nak buang air pun kena diatas katil termasuk air besar. Kadang2 pakaikan lampin ataupun bila ayah terasa nak buang air besar, ada prosedur yang diajar oleh ibuku, bekas jururawat ketika di Zaman Jepun dahulu. Katil tak kotor, ayah pun tak kotor, tak berkuman & yang paling penting, ayah selesa. Paling kelakar bila tengah cuci2 ayah kentut. Lepas tue dia gelak comel dia hahaha.

Selepas habis menyelesaikan ayah, aku segera mandi mempersiapkan diri untuk pergi ke Port Dickson. Tak sabar nak jumpa dua2 buah hati aku. Comel2 bangat! Siapa2 yang jumpa pun aku berani bet korang mesti akan nak gentel2 & main2 jugak dengan buah hati aku. Aku pun panaskan enjin kereta, ambil wheelchair & angkat ayah & tolak ke kereta & terus bergerak ke Port Dickson.

Dengan berbekalkan Google Maps keluaran terbaru, Grand Lexis terletak di Batu 2. Aku ingat dekat2 jek dengan Teluk Kemang tapi boleh tahan jugaklah jauh dia. Actually, Port Dickson ini tempat aku pitstop. Setiap kali aku balik Melaka pada waktu siang, aku akan lalu jalan lama & tembus Port Dickson & wajib singgah di Tanjung Tuan. Pantai & aku memang tidak boleh dipisahkan. Kalau ada pantai yang terdekat, mesti gatal jek kaki nak pergi usha pantai itu. Maklumlah, rumah pun dekat dengan pantai.

Setelah satu jam berlalu. Maka kami pun sampai di Grand Lexis. All i can say, the place was too awesome! Ini antara resort yang boleh dikategorikan sebagai wajib pergi selepas Avillion Port Dickson. Dengan layanan yang mesra dan chalet di atas laut, aktiviti riadah juga disediakan seperti bola tampar pantai, bola sepak pantai, memanah & segway. Beriadah bersama buah hati tercinta lagi memang sangat2 menceriakan hari minggu aku. Pada malam itu, aku dan Alongku mempunyai surprise buat birthday boy ke-73, ayahku. Mula2 Along aku suruh merahsiakan kedatangan dia tapi aku terkantoikan pulak, damn. But still ayah aku masih tak tau ada kek yang menantinya pada tengah malam itu. Then voala, surprise diberikan & senyum sampai telinga ayah aku tapi ternyata anak buah aku antara orang yang terlebih senyum. Nampak cake pulak. Memang silaplah. By the way, happy birthday ayah!

Oh ya, gambar birthday cake untuk ayah aku tue tak dapat ambil lagi dekat DSLR Alongku yang mahal gila babas tue. Saiz pun besar kerana hampir setiap satu gambar bersaiz 20MB. Oleh itu, akanku update hujung minggu ini insyAllah. Banyak jugak gambar yang tak tertangkap sebab im having a lot of fun gila2kan. Mana nak ingat nak tangkap gambar. Tapi ada lah sikit2 gambar yang boleh dijadikan kenangan. By the way, Grand Lexis was awesome! Korang wajib pergi dengan family apatah lagi dengan kawan2. Kalau datang seorang pun best jugak sebab sangat peaceful dekat sini. Serius awesome! Tak awesome aku kerat jari aku. Serius. Serius aku main2.

Salah satu pandangan Lobby Grand Lexis
Pandangan daripada carpark
Lupa nak bagitau, actually dia ada Lexis & Grand Lexis & dia ada above sea & above sky & so on. Untuk pengetahuan lanjut boleh tanya Mr. Google tentang Lexis Port Dickson ini
Tatkala air surut
Chalet kami sekeluarga
Mempunyai dua katil bersaiz raja
Makan2 biasa pada waktu petang
Besides that, setiap chalet dibekalkan satu kolam renang selain main swimming pool. So, kalau rasa2 taknak jadi manusia & nak jadi ikan bolehlah jadi 24/7 dekat sini
Berhubung dengan dapur & tandas. Kelihatan Angah bermandi-manda bersama anak2nya
Angah & amir
Angah & amir
Si tembam bam buat orang geram untuk sedut pipi dia
Si tembam bam episod ke-2
Apabila dia pun nak join ayahnya mandi bersama
Nampak je camera nak tangap gambar dia
Apabila budak berperangai selepas mandi episod 1
Apabila budak berperangai episod 2
Alolo si bam bam tgk laut dekat cermin tue. Oh ya, itu lantai & cermin dan boleh nampak laut dekat bawah. Boleh tgk ikan. Cool kan?
Salah satu tempat rekreasi. Tiba2 teringat Raouf Cruz. Selalu kalau hangout mesti pergi memanah
Segway di malam hari bersama Kak Ipah
Suami isteri berlumba
Kini giliran profesional pula
Satu tangan? Tiada masalah haha
Instruction diberikan
Bam bam Ezra

Gambar time surprise bawak cake & menyanyi ada pada DSLR Along aku. InsyAllah akan diupload hujung minggu ini sebab Along aku balik Melaka jugak minggu ini. Eh, jangan lupa kalau nak pergi vacation try here. Mesti syok punya untuk enjoy the moment. Layan habisss


1 comments: