Khas Untuk Orang Yang Suka Bergossip

Ada seorang lelaki muda di sebuah kampung ini sangat suka menyebarkan khabar2 angin yang buruk, sering kali menceritakan tentang jirannya walaupun dia sendiri tidak tahu perkara sebenar dan kadang2 menokok tambah cerita yang direkanya.

Dia ingin berubah dan sampai satu hari dia berjumpa dengan lelaki tua di kampung itu yang sentiasa disegani dan dihormati kerana perangainya yang baik.



Lelaki tua itu mengarahkan si lelaki muda itu untuk membeli ayam segar dari pasar dan bawak dengan secepat yang mungkin kepadanya sambil mencabut setiap bulu yang ada pada ayam tersebut hingga tiada bulu yang tinggal.


Lelaki muda itu menjalankan tugas seperti yang disuruh. Sambil dia berlari, dia mencabut bulu ayam itu dan mencampak bulu ayam itu merata hingga tiada bulu yang tinggal pada ayam tersebut.


Selepas itu, lelaki muda itu memberikan ayam tersebut kepada lelaki tua itu. Kemudian lelaki tua itu berkata, "Sekarang, kau pergi balik dan kutip semua bulu ayam yang telah engkau buang dan campakkan itu"


Lelaki muda yang berjiwa muda itu pun memprotes dan mengatakan bahawa ianya mustahil kerana sudah pasti bulu itu sudah bertebaran ditiup angin dan tiada lagi ditempat yang dicampak lelaki muda itu. Dan tidak mungkin juga yang dia akan menjumpai semua bulu tersebut.


Dan lelaki tua itu pun berkata, "Ya betul. Dan samalah juga keadaan bulu itu dengan khabar angin dan gossip yang engkau sebarkan itu. Hanya kerana satu cerita rekaanmu, dosa kamu dilipat gandakan. Dan bagaimana kamu ingin mengatasinya? Lebih baik berdiam diri daripada berkata perkara tidak berfaedah dan berzikir kepada Allah"



0 comments:

Post a Comment