Joint of Extremely Rare & Knowledgeable SASians

Di suatu malam yg hiba. Aku termenung bersendirian sambil mendengar lagu-lagu yg dinyanyikan oleh kumpulan Sheila on 7. aku bercakap kepada diriku sendirian. haih, dah besar dah aku? Sedar tak sedar da jadi budak college dah. Tiba-tiba,lagu yg dimainkan oleh ipod kecilku ini bertukar lagu kpd lagu peterpan. Lantas aku terkenang pula time zaman alam shah time form1 n form2. kebetulan lagu peterpan nie mmg hot time tu. Aku termenung lagi sambil terkenang akan wajah-wajah yg tiap-tiap hariku lihat bila bangun tidur, wajah-wajah yg tiap-tiap hariku lihat dibilik air, wajah-wajah yg tiap-tiap hariku lihat dikaki lima, dan juga wajah-wajah sama yg tiap-tiap hariku lihat di kelas. Wajah-wajah ini jgk aku lihat selama 5 tahun,60 bulan,240 minggu, ataupun disenangkan 1685 hari aku sentiasa memandang wajahmu (tak termasuk balik bermalam). Lama, sangat lama. Tp apakan daya. Pengorbananku utk menuntut ilmu. Kadang-kadang,wajah ini buat aku jemu. Kadang-kadang, wajah-wajah ini selalu buat sakit hati. Kadang-kadang wajah-wajah ini selalu juga buat aku tak kering gusi. Lantas aku berkata sendirian lagi, bapak rindu siot!. masa ini, air mataku hampir menitis tapi utk memastikan kemaskulinanku. Aku menahan air mataku yg tak seberapa ini. Pada ketika ini, aku terkenang segala peristiwa kita bersama. Kena rotan warden, kena jadi kuli batak, nama gelaran diberikan (sial betul), dan kena macam-macam. Tapi, aku dan wajah-wajah ini tidak pernah merungut ataupun bermasam muka tp mengutuk-ngutuk & maki-maki tu biasa. Standard gittew. akan tetapi, aku dan wajah-wajah ini still standing, still macho & cool mcm biasa utk meneruskan hidup.


Tiba-tiba, ipodku ini memainkan peranannya utk menukarkan lagu yg sudah habis dimainkan dan lagu seterusnya yg dimainkan ialah lagu sekolah. Dalam hatiku pun berkata,bila masa lak aku letak lagu sekolah dlm ipod nie? bapak semangat" Tapi aku tidak mengendahkan sngat walaupun lagu tue dimainkan kerana aku sudah lama tidak dengar lagu sekolahku sendiri. Pada masa ini,aku terkenang pula masa aku form3. tiap-tiap hari aku dan wajah-wajah ini menyanyikan lagu sekolah diikuti lagu batch. Time ni, hubungan aku bersama wajah-wajah ini mmg begitu akrab sekali diibaratkan isi dengan kuku, diibaratkan jab dengan jinggo,sentiasa bersama dan begitu rapat sekali. Sehinggakan aku dan wajah-wajah ini seperti adik beradik kandungku sendiri. Manakan tidak keputusan pmr aku dpt num 3 malaysia. itu semua hasil drp kerjasama wajah-wajah ini. Seterusnya, aku dan wajah-wajah ini mula aktif dalam sukan masing-masing dan wajah-wajah ini mula memilih haluan sukan masing-masing tapi kami semua tetap rapat walaupun dah start pot-pot sukan.



ipodku ini memainkan alunan muzik yg pasti akan membuat kaki anda untuk berlari setempat (shuffle). Oh,sudah pastinya aku ingat. Terimbas kembali waktu aku di tingkatan 4. masa ini semua dah mengikut peredaran zaman. semua da bawa haluan masing-masing. Tapi aku dan wajah ini masih bersua-muka & bertegur sapa. Ada juga wajah-wajah yg aku tidak jumpa selepas itu atas sebab-sebab yg tertentu tapi aku tidak kecewa mahupun down malah aku tetap terus meneruskan saki baki hidup aku disekolah ini. Pada masa ini, semua benda baru,aku dan wajah-wajah ini ingin cuba. macam-macam karenah n perkara terjadi. Maklumlah honeymoon year. pening sekolah ketika itu. Dah tak tahu nak handle mcm mana lg dah. Bahkan,siap ada trip & shift lg utk pergi ke klinik. Mmg lucu betul bila dikenangkan kembali. Mcm-mcm perangai. Pada masa ini, air mataku mula menitis tapi aku dapat lg mencover airmataku ini meskipun pada hakikatnya aku terlalu merindui kenangan bersama wajah-wajah ini.



Seterusnya, ipodku ini berbunyi, ”check check, rock rock”. lagu hujan dimainkan. pada masa ini, masa kemuncak. Aku sudah berada di tingkatan 5. Aku dan wajah-wajah ini berjuang utk jambatan masa depan iaitu SPM! ada juga yg sesetangah diawal tahun masih di awan-awangan especially aku dan ada sesetengah wajah-wajah. Mcm-mcm kelas ada & bz gila semua benda. Certain time aku dan wajah-wajah terasa nak terjun jek bangunan. akan tetapi, iman aku dan wajah-wajah ini masih kental utk tidak melakukan perkara sedemikian. Setiap orang berusaha keras utk memastikan mereka mendapat yg terbaik. Meskipun banyak yang sudah membawa haluan masing-masing, tp hubungan kami tetap kamceng. Yg lemah dibantu,yg susah disenangkan. Yg tension ditensionkan. tp aku dan wajah-wajah ini tetap tersenyum melihat antara satu sama lain. Tiba-tiba, ipodku mengspoilkan moodku dengan mengalunkan lagu rock. aku ingatkan lagu rock kapak, rupanya lagu rock faizal tahir iaitu lagu gemuruh. Mood ku kembali tersentuh lagi. Walaupun lagu rock,tetap sedih kerana lagu ini amat bermakna bagi aku dan wajah-wajah ini. Lagu ini juga dijadikan lagu pemangkin semangat ataupun boleh dikira mcm lagu batch. pada masa ini, aku dan wajah-wajah ini sering mengadakan kumpul. Kumpul utk mengingatkan antara satu sama lain. Kumpul utk mengeratkan hubungan antara kami. Kumpul utk mendengar suara KN yg tak tahan itu. tp aku tak kesah semua itu. Asalkan aku dan wajah-wajah ini gembira.



Setelah sekian lama. Peperiksaan yg aku benci akhirnya berakhir. Gembira teramat ketika itu. Terasa dunia ini dah tamat untuk terus buka buku & belajar. Akan tetapi,disebalik kegembiraan itu aku terlupa sesuatu, aku terlupa yg selepas ini aku akan bersedih kerana aku tidak mungkin akan bersama dengan wajah-wajah ini lagi. Wajah-wajah yg ku tatap selama 5 tahun tidak mungkin akan ku tatap lagi. Pada kali ini,aku tidak dpt menahan lagi air mataku. Aku biarkan air mataku mengalir bersama kenangan-kenangan yang ada. Banyak suka-duka aku dan wajah-wajah ini tempuhi bersama. Hubungan kami melebihi sekadar adik beradik. Ketika aku sedang menangis ini juga,tiba-tiba ipodku memutarkan lagu Sheila on 7 iaitu sahabat sejati. Air mataku bertambah deras. Jika aku mempunyai kuasa utk memutarkan semula masa. Tapi,apakan daya, aku cuma insan biasa. Biarlah kenangan ini menjadi kenangan kita yg kita akan sentiasa meningatinya dan mngerti bahawa aku pernah hadir dalam hidupmu wahai wajah-wajah yg selaluku tatap dahulu. Engkau lah wajah-wajah a.k.a kawan-kawan yg telah menyerikan hidupku dan mewarnai hidupku.terima kasih buat insan yg bernama kawan...

Joint of Extremely Rare & Knowledgeable SASians 0408









5 comments:

  1. bean: rinduuu andaa berjuta kali weihhhh hahaha :D

    hanida: hahaha dah tuan die mcm nie. nak bwat mcm mane lagi cik hanida oiii :D

    ReplyDelete
  2. so sweet lah. awak memang kan. memang sayaaaang sangat dengan kawan kawan awak. and that`s good! :)

    ReplyDelete
  3. thankss afiqahhh :D
    yup yup, mmg sayang sangat sangat dekat sume kawan kawan sy :)

    ReplyDelete