Tafsiran Mimpi


Kali ini tak tahu mengapa aku berminat untuk share tentang diskusi yang telah aku dengar di kaca TV tentang tafsiran mimpi. Mungkin sebab meremang satu badan kot tue yang terlintas nak share segala ilmu yang ada. Sepanjang-panjang mimpi korang tue sume, bila korang bangun hanya 25% sahaja yang akan diingat tapi tue dalam kaedah saintifikkan. Mimpi nie fitrah manusia yang terjadi sewaktu tidur. Apabila dikatakan fitrah maka semua manusia akan melaluinya bergantung pada jenis mimpi dan situasi mimpi itu. Input-input yang dibentangkan dalam perbincangan tersebut memang amat memberansangkan dan sangat membantu kita memahami mimpi dengan lebih dalam. Harap-harap korang layan lah erh tp dalam betul separa formal dan tak formal. Ada seteng aku akan tulis bahasa pasar lah yerp.

Berkata tentang tafsiran, tafsiran nie diambil daripada perkataan tafsir yang membawa maksud penjelasan atau keterangan. Dan mimpi pula adalah pengalaman kita dalam separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran dan perasaan dalam tidur. Itu key word dia, fikiran dan perasaan. Mungkin akan ada yang seram sejuk korang-korang yang baca blog nie tapi sediakanlah selimut dengan lebih awal untuk cover sejuk itu untuk kita share ilmu ini.

Seperti yang aku dapatkan info dalam perbincangan yang telah ku lihat. Mimpi ini hanya boleh dijadikan sebagai satu ramalan. Apabila dikatakan ramalan. Jangan percaya 100% tapi boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk kita persiapkan apa yang tiada. Bak kata orang melayu, "sediakan payung sebelum hujankansebab seperti yang telah aku katakan tadi. Mimpi ini hanyalah ramalan. Tapikan, tak guna kalau kita melihat sesuatu topik atau benda daripada satu sudut & aspek. Sebaik-baiknya, kita relatekan dengan Islam sebab Islam itulah agama kitakan *untuk yang beragama Islam*

Kerana dalam kaedah saintifik juga telah membuktikan hanya 25% sahaja yang akan kita ingat & kebanyakan yang kita akan ingat itu klimaks mimpi tersebut yang akan memberikan kita hint.



Yes, mimpi dalam kaedah perubatan Islam terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-
1- mimpi direct from Allah
2- mimpi atas perasaan dan emosi kita *yang telah aku nyatakan di atas*
3- mimpi from syaitan laknatullah

Fuh, seram sejuk act dengar perbincangan nie act coz dengar maklum balas orang lagi yang banyak bermimpi tentang ular sawa, air hitam, perempuan mengandung, menyusukan budak, & seterusnya. Macam-macamkan, aku pun sebenarnya tak tau yang semua itu akan membawa hint untuk kita persiapkan diri kita. Tapi segalanya kita serahkan kepada Allah.

Seperti yang telah aku nyatakan sendiri tajuk post aku nie. Tentang tafsiran, act kita sendiri mesti pandai menafsirkan dengan ilmu psychology dengan kita menyifatkan sesuatu benda itu dengan benda yang kita mimpikan. Macam mane nak cakap erh? Dia macam korang samakan sesuatu dalam mimpi itu dengan real life. Okey, contohnya macam korang termimpikan air yang sangat hitam. Apabila dikatakan air, air nie sifatnya tenang, transparent & berwarna biru. Hitam pulak mmg takyah cakap lah, semua tahukan maksud hitam yang banyak membawa maksud lebih kepada kotor, busuk & seterusnya. So, air yang kotor dan busuk boleh dikaitkan dengan, contoh, maruah anda akan dicemarkan. Tapi janganlah percaya 100% yerp. Itu cuma ramalan dan preparelah awal-awal kalau sesuatu berlaku. Dan paling penting hendaklah kita tahu act mimpi tue datangnya daripada CHANNEL mana! Kena ingat tue. Sama ada daripada Allah, perasaan dan emosi kita, ataupun syaitan.

Kalau bermimpi tentang mengandung, or menyusukan budak & so on. Senang cerita macam feed kan someone yang budak kecik or else. Itu bermakna ada sesuatu tentang keturunan anda. Senang cerita ianya berkaitan saka & so on. Tue pasal lah ada orang cakap kalau ada budak nak mintak susu & so on apa-apa dalam mimpi jangan sesekali kasi. Tapi saya telah cakapkan tadi, ia hanyalah ramalan. Mimpi ini hanya mainan tidur. Segala yang berlaku dalam mimpi adalah berita-berita yang dibawa oleh roh kita dan keadaan yang dialami oleh roh kita. Roh memang totally sama macam kita. Keluar merangkak ke langit ketika kita sedang tidur dan apabila roh kita ingin pulang balik ke tubuh. Ketika itu lah syaitan menjalankan tugasnya menunggu kita kat side jasad kita untuk kacau roh kita dengan mencampur adukkan semua berita yang kita ada. Dah nama pun syaitan kan. Memang sentiasa menjalankan tugas dialah.


Aku pun pernah terdengar ada orang cakap tak semua mimpi indah itu indah sebenarnya. Betul jugak sebab ada orang bertanyakan soalan pada ustaz nie. Ustaz ape entah, tak ingat nama tapi dia nie pakar dalam mimpi kaedah Islam. Ada orang tanya dia soalan berbunyi mcm nie, "Ustaz, saya termimpi ada akak cantik yang selalu datang dalam mimpi saya. Tapi akak cantik tue hanya datang ketika saya tengah mengandung. Saya dah mengandung dua kali, dua-dua gugur dan kedua-dua kali ketika sy mengandung". Ustaz tue pun menjawablah, "bahawasanya itu ada kaitan dengan keturunan. Sama macam kes mimpi yang jenis saka tue. Tapi ini lebih kepada sesuatu yang menganggu janin tue, yang mahukan janin tue. Sebab nama 'janin' tue sendiri nama daripada jin. Oleh itu, hijab dia terbuka dikala * tahun kebawah(tak ingat ustaz tue ckp). Oleh itu," terus kata-kata ustaz tue dipintas oleh hos pengacara tue. Alahai, tp dapat jugak lah inputkan pasal benda-benda nie :)

Haaa, goyang tak? Ada yang nak pegi tandas tak? Hahaha. Kalau ada tuh. Act tiada apa benda yang kita perlu risaukan act. Nak tidur tue, jgnlah lupa amik wudu', baca doa tidur, ayat kursi dan 3 Kul. InsyAllah takda mimpi buruk berlaku. Kalau ada jugak, that's mean ramalan kaji mimpi mengatakan akan ada sesuatu yang berlaku. Dan seeloknya berjumpalah yang pakar tentang agama nie lagi-lagi bab mimpi nie. Aku nie hanya noob-noob jek yang hanya menyebarkan ilmu yang aku tahu & apa yang patut. Selebihnya, serahkan diri kita kepada ALLAH. Janganlah takut dekat syaitan. Kalau takut tue kuatkan diri tak takot. Janganlah mencabar syaitan tue tapi kuatkan diri dengan banyakkan amal kita terhadapNya. Sebarang kekeliruan atau perbincangan nak share-share apa2 yang aku salah cakap, comment yerp. Renung2kan dan selamat beramal.

Lihatah muka anakbuahku dengan peace 4 jarinya yang comel ini untuk hilangkan takut tue.
Segala yang baik datangnya daripada Tuhan, yang buruk datang daripada muka kau, eh, yang buruk datang daripada kita sendiri...


3 comments:

  1. saya suka ohh lepas mimpi pastu google apa meaning mimpi saya malam tu. sebab curious giler. macam habit la -_-" teruk kan?

    ReplyDelete
  2. lupa lupa. amir, kita igat kat awak sampai ada budak tu kita nampak macam awaaak~ *mata bercahaya*

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha. Huishhhh, dah teruk dah tue. Baik pegi jumpa dukun terus amik ubat pengasih. HAHAHA ;D nak sangat amir kan? Hahahaha ;D

    ReplyDelete