Aku Akan Terus Menulis

Teringat pada tahun 2009. Pada tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun dukacitaku dimana aku menempuh pelbagai liku2 kehidupan yang aku jangkakan akan ku tempuh ketika dewasa nanti. Dan pada tahun itu jugalah blog aku ini dilahirkan.

Terkenang pula dengan entriku yang pertama yang bertajuk "Aku Masih Kecewa" yang mengisahkan tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysiaku yang tidak begitu memberangsangkan. Dengan kekecewaan yang ada dan ditambahkan pula dengan keadaan aku yang agak kucar-kacir ketika itu, aku tiada tempat mengadu, pada ketika itulah aku menjumpai diri aku yang sebenar. Menulis. Menulis dan teruskan menulis untuk dikongsikan bersama.

Aku teruskan menulis lagu, sajak dan novel (yang terkandas di tengah jalan) untuk menjadi peneman jiwa yang semakin hari semakin sensitif ini hingga sampai satu tahap sensitivitiku ini mengalahkan kaum yang mengeluarkan darah haid. Ya, itu aku mengaku dan maafkan lah aku jika aku pernah over reacted dan bertindak dengan perangai yang tak sepatutnya.

Selepas sahaja entri "Aku Masih Kecewa" dikongsikan. Aku terus menyepi dari dunia blog sekian lama. Sebenarnya memang lama dan setiap kali aku melayari laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter, aku terfikir sejenak dan rindu untuk menulis di dalam Blog ini. Sebelum ini kalau aku ada karya yang ingin ditulis, pasti aku akan catitkannya dalam sehelai kertas dan kertas itu disimpan dan biarkan menjadi kertas usang. Lagipun, tulis tangan ini memang memenatkan.

Antara karya yang bakal usang yang ditulis di kertas.

Pada ketika itu, aku merancang untuk menjadikan blog aku ini sebagai jurnal dan kisah hidupku seharian yang boleh dikongsi dan pada ketika itu, bermulalah jurnal2 ku yang menceritakan tentang kisah hidupku. Seterusnya blog aku ini menjadi perkongsian umum tentang pengetahuan AM yang menarik dan fakta2 yang berlaku di sekeliling kita dan seterusnya karya aku mula dimuatkan dalam blog ini tapi tidak semua pun dimasukkan.

Pertama, aku ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada sifu2 yang banyak mengajarku terutama Afiqah Azmee yang mengajarku untuk menceriakan blog ini. Kepada senior2 Radzi Salvatore yang mempunyai blog yang awesome dan misteri dan rasa macam nak baca older post kalau dah baca sekali. Btw, si Radzi nie tak kasi link blog dia untuk dikongsikan. Maaf. Kepada Kushairi Si Pentas Boneka yang sentiasa update dahulu dengan entri yang agak kelakar dan lain2 lagi.

Kalau hendak disenaraikan semua, memang terlampau banyak yang menolong sebab almaklumlah, teman ini budak baru dalam dunia blog. So, malu bertanya sesatlah jalankan? Dengan itu, bermulalah tugasan aku sebagai Blogger sejati untuk teruskan menulis. Dengan respon2 yang positif, aku teruskan menulis dan berkarya untuk kongsian bersama. Agar perkongsian ini menceritakan tentang hati aku, tentang diri aku dan inilah aku. Terima kasih semua.

Aku menjadi roti bawah
Gambar Amir yang latest, daripada email abangku.
Btw, roti ini ada punggung n ada ekor! Haha :D beli dekat 7E Salak Tinggi.


6 comments:

  1. cne nk folo blog ko nie soraaaaaa??trigt knangan umah bujang..haha

    ReplyDelete
  2. Hahaha ada jek kat atas tue. Kan ada butang follow hehehe :)

    ReplyDelete
  3. fuyoh , ayat macam dalam noveel lahh . haha . ada pulak roti macam tu . HAHA

    ReplyDelete
  4. Hahaha thankss :) memang kalau tulis2 time tengah skema memang mcm nie lah jadik nyee haha :D
    yup2, stailkan roti tue. Comel jek hahaha :D

    ReplyDelete
  5. wahh malu gila masuk blog femes niii >.<"

    & please keep on blogging :')

    ReplyDelete
  6. Hehe takyah nak femes sangat lah! Femeslah sangat :P

    Yup2, i will :)

    ReplyDelete