Pena Seorang Pencinta


Saat bahagia bersama. Saat terluka seketika. Saat dimana engkau memeluk erat tubuh ini. Hatiku terasa dingin. Terasa sayu. Persis angin memukul daging ini, aku terasa sepi. Aku cuba mengelak. Tapi aku hanya insan biasa. Yang bisa terjatuh. Jatuh di dalam fana keindahan yang ada diantara kita. Bermulanya hanya dengan kebencian yang ada diantara kita. Siapa sangka yang api benci yang marak itu boleh dilumuskan dengan kehadiran sekelumit api cinta.



Engkau membelaiku dengan penuh kasih sayang. Yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Setiap detik, setiap saat, aku teringatkan kata2mu. Tingkah-lakumu. Begitu menambat hatiku. Walaupun kadangkala terasa sedikit mengjengkelkan. Aku tetap tersenyum. Kerana itu yang mewarnai hidupku. Dan menjadikan aku menjadi aku. Tatkala engkau pula menjadi engkau.


Gelak tawamu, senyumanmu, jelinganmu, sentiasa bermain di benak fikiranku. Aku sentiasa memikirkannya. Memikirkan sama ada ia akan kekal hingga ke akhir usia ataupun lupus ditelan usia. Tapi aku yakin, ia tidak mudah pergi begitu saja. Kerna itu adalah anugerah yang terindah yang pernah kumiliki. Walaupun ku tahu, agak sukar untuk keputusan dicipta.



Pergilah kau mencari erti bahagia. Pergilah kau untuk memahami erti cinta. Pergilah kau untuk mengenali erti dunia. Kerana tatkala engkau mencari, pasti kau akan terasa keindahannya. Sama seperti keindahan yang aku lihat terhadapmu. Hatiku hanya tercipta dengan segumpal daging. Daging yang lemah untuk menahan rasa ini. Mungkin daging ini sudah mengerti & memahami apa itu keikhlasan & keutuhan cinta.

Sesungguhnya cinta itu subjektif sifatnya. Bersinonimkan personaliti diri, begitu banyak tafsiran yang dapat dibuat melalui cinta. Ada yang berkata, cinta itu celik. Ada juga yang berkata, cinta itu buta. Tapi ada juga yang berkata, cinta ini membuat orang buta menjadi celik untuk sesiapa yang betul2 mengerti apa itu cinta. Mengelirukan. Merunsingkan. Memikirkan sama ada kata2 siapa yang perlu dijadikan sandaran. Ternyata kata2 itu semuanya boleh diterima pakai, bergantung pada situasi & keadaan.


Aku bukan seseorang yang mempunyai banyak harta. Aku juga bukan seseorang yang mempunyai paras rupa. Aku juga bukan seseorang yang bisa memberimu segala-galanya. Tapi aku hanyalah pria yang mempunyai daging yang kecil ini yang bisa membuatkan kita mempunyai segala-galanya. Hati. Hati yang bisa mencukupi segalanya asalkan engkau bisa menerima. Menerima cacat cela hati ini. Dan diri ini seadanya.



Aku redha & pasrah. Dengan segala apa yang terjadi pada diriku ini. Kernaku yakin pasti ada hikmah yang terjadi diantara kita. Tapi apakan daya. Aku juga seorang manusia. Dan sudah tentulah aku juga seorang penyinta. Sama semerti orang lain. Yang pernah bercinta & dicinta. Terimalah suratanku ini, khas daripadaku. Hanya untukmu. Ikhlas, pena dari seorang pencintamu. Yang selalu. Mencintamu.




0 comments:

Post a Comment