Biarkan Aku Sebagai Pemuja Rahsiamu



Aku sedar aku bukan Shah Jehan, punya banyak hamba untuk Taj Mahal. Aku juga bukan Tyndareus yang punya archiles untuk Halen. Aku hanya lembu punya urban yang hidup untuk memenuhi keperluan industri dan sistem. Jika kau mencari perfectionist, sudah ternyata itu bukan aku.

 Aku bukanlah seperti model Guess yang diagung-agungkan si penyembah fesyen. Aku juga bukan manusia yang setaraf dengan mereka yang bergelar artis yang dipuja sebagai si merak dan rama-rama. Aku luar norma, jadi aku tidak hanyut dibawa arus cinta pembodohan yang terlalu singkat dan lebih kepada nafsu serakah dan ranjang. Sejenak aku bersyukur.


Tapi aku yang bergelar manusia ini juga layak untuk mengerti dan memahami apa itu cinta sejati yang dikata-katakan boleh dibawa ke syurga. Adakah ianya bisa terjadi kepada diri kita semua? Semuanya menjadi persoalan yang tiada konklusinya.

Ada pepatah mengatakan, cinta sejati umpama hantu, ramai yang bercakap tentangnya. Namun, hanya sesetengah sahaja yang pernah menjumpainya. Ada juga beranggapan cinta ini satu magis fantasi, namun semua magis itu bisa untuk menjadi satu illusi.

Aku menginginkan cinta yang ikhlas, bukan untuk dipermainkan ataupun mempermainkan. Aku sentiasa menginginkan kepercayaan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf, aku inginkan kasih sayang seperti Siti Khadijah terhadap Nabi Muhammad, menginginkan kesetiaan seperti Maryam terhadap Nabi Ibrahim, menginginkan cinta seperti Shah Jehan terhadap Mumtaz Mahal.

Mungkin aku terlampau mengharapkan sesuatu itu akan menjadi 100% sempurna tanpa sebarang kecacatan hatta terlalu cerewet mungkin? mungkin ada betul tapi mungkin aku cuba untuk mengelakkan daripada perkara yang sudah berlaku berulang kembali, persis sekali.

Aku sebagai manusia biasa punya rasa tertentu terhadap cinta dan aku turut menyimpa hasrat untuk bercinta dan dicinta. Bila berkata tentang cinta, segalanya bisa membutakan tapi dengan cinta jugalah bisa membuatkan yang buta menjadi celik.

Biarkan lah diriku ini melihatmu dari sisi melihatmu dan memerhatikanmu dari sisi gelapku kerana, hanya itu sahaja yang mampuku lakukan. Mungkin aku tidak terlalu berani menyatakan hasrat hati, dan mungkin aku takut disakiti ataupun mungkin akan menyakiti orang lain. Oleh itu, biarkan lah aku yang terlewatkan ini merasai sisa2 hidupku ini menjadi pemuja rahsiamu.



0 comments:

Post a Comment