Hikmah & Sebab


"Ketiadaan mentari jangan disangka redup buatmu,
Kedengaran guruh bukan petanda hujan akan tiba selepasnya,
Ketiadaan taufan jangan kau sangka dunia ini normal bagimu,
Semua tercipta ada sebab dan semua terjadi ada hikmah daripadaNya termasuk diri kita."

Pantun ini bukan untuk menerangkan tentang apa itu angin, apa itu taufan malah bukan juga untuk menerangkan apa itu matahari. Segala isi tersirat dan tersurat yang cubaku sampaikan dalam pantun 4 kerat diatas ialah semua yang berlaku disekeliling kita semuanya adalah ketentuanNya dan ada sebabNya. Sesuatu perkara tidak akan terjadi begitu saja dengan sia2. Mungkin kita menganggapnya sebagai perkara yang sia2 sedangkan Nya lebih tahu apa yang akan terjadi selepas dan sebelumnya. Aku pernah terbaca post tumblr seorang hambaNya yang bertulis:

God will always have 3 answers for us,
-> Yes
-> Yes, but not now
-> I have a better plan for ya

Yes, better plan. Better plan? Manusia2 yang membaca blog aku pasti akan menimbulkan satu persoalan yang agak sinonim dengan ini, "How bout others yang banyak mati katak tue & selalu bad luck tue? Tak sia2 ke?" Itulah. Ibubapa suruh mengaji lepas maghrib, kita semua sibuk tonton  kartun2.

Jawapan ia mudah sahaja, kerana ia memang nak terjadi *Qadak & Qadar*. Jawapan dia memang ringkas tapi penerangan dan penghuraian dia sangat panjang. Sama macam E=mc². Sebuah jawapan Albert Einstein yang sangat genius tentang relationship between energy, mass & speed of light vacuum. Aku rasa aku tak perlu nak terangkan tentang pasal formula tue sebab apa yang aku nak tekankan kat sini, Einstein mencari penghuraian yang amat2 panjang sampai tak cukup 3 blackboard nak tulis tentang penghuraian 3 abjad kat atas nie. Same goes here, persoalan yang kita timbulkan itulah yang akan menjadi kayu ukur setakat mana dan sejauh mana pemikiran kita dapat diterima oleh orang ramai :)

Bersambung pada isu yang ada orang mati katak tue, ini mungkin cerita dan penghuraiannya. Maybe, maybeeeee kehidupan orang yang mati katak tue penuh dengan kejahilan dan penuh dengan kesesatan. Oleh itu, Nya mengambil langkah yang terbaik untuk diri hambaNya ini dengan menarik nyawa si hamba ini dengan cepat agar si hambaNya ini tidak berterusan melakukan perkara yang sama dan merosakkan yang lain. Boleh jadikan?

Ataupun mungkin si hamba ini seorang yang waraq dan beriman orangnya. Tapi disebabkan diseksa dan dikongkong oleh masyarakat yang berada disekelilingnya, dia menderita atas tindakan orang lain, daripada dia menjadi seperti SandMan ataupun Abu (KAMI) yang senantiasa dibelenggu ayat ini, "I'm not a bad person, but i'm the man who been caught in bad situation" Oleh itu, Nya pun menariklah nyawa si hamba ini dalam keadaan yang agak mengejut kerana tidak mahu si hamba yang taat ini menderita ataupun berpaling arah daripadaNya. Boleh jadikan kan?



Mungkin kita cakap matinya sia2, tapi siapa kita sebagai manusia nak menilai sesuatu dengan spesifik lagi2 tentang spesis yang bergelar manusia. Setiap orang ada kisah dan cerita masing2 dan kebanyakannya tidak sama. Diakhiratlah kita akan tahu erti kata kebenaran yang sebenar. Mu yang dok bawak2 mulut pok pek sana sini pasal perangai orang tue, udah2 lah tue. Kene bako kang baru tahu.

Itulah yg jadi kalau tulis ikut perasaan nie & terlampau khusyuk tulis sampai tak sedar apa yang terjadi. Cerite punya cerita, macam aku pulak yang over tengok movie? haha. But this is not a movie, malah free jek. This is my life exp, I had a fren yang addicted to drug, i had a fren yang drink sana sini & dah macam botol coke dah die bwat Tiger & Carlsberg tue, & i had a fren yang sex atau zina nama kejam yang dah menjadi sesuatu yang normal baginya. Dan aku pernah ada macam2 lagi jenis kawan. Pernah.

Life is full of possible bro dan bronita semua. Hari esok memang tak boleh & tak bisa nak mengubah segala apa yang terjadi hari ini, tapi hari inilah yang akan mengubah hari esok. Tapi kalau ubah pun who knows yang ia akan jadi same exactly yang kita ramalkan n jangkakan? Tiada siapa yang tahu melainkanNya. Sebab itu kita hanya boleh mempredict dan meramal dan meramal dan ramal sampai ada yang over sangat meramal sampai jadi bomoh tue. Siap minta tolong jin2 yang sekarang dah ada brand sendiri. Seluar 'jean'.

Tapi haa, dalam hidup nie mesti ada 'tapi' sebab 'tapi' tuelah yang akan membuat suatu perkara mempunyai limit & limit tue lah yang membuatkan kita memahami, menjalani dan menghidupi kehidupan dijalanNya. Okey sambung, tapi, setiap ramalan dan prediction itu tak menjamin 100% malah tak menjamin 0.0000000001% pun untuk terjadi dan bersiap2 n prepare2lah kita ibarat kita akan mati satu saat sekejap lagi. Kita tak boleh untuk menjadi sempurna tapi tak salah mengusahakan diri kearah kesempurnaan. Kesempurnaan itu ada grade dia juga.


Aku dah penat menaip sebab dah ngantuk teramat. Tapi aku rasa penerangan aku tak cukup complete lagi. Nak terangkan tapi aku pun macam dah blur dah nie. Apa2 pun harap bro dan bronita yang membaca blog nie get my points here. Semuanya untuk kita memuhasabah diri kita sebagai insan biasa. Aku pun tulis untuk relflect diri aku jugak. Kalau korang dok complain2, "macam perfect nak sound orang" at least im always trying to improve myself & aku malas nak guna ayat AnwarHadi + YuyuZulaikha yg berbunyi, "at least, i'm better than u & not everybody like u either." Kejamlah pulakkan.


Renungkanlah dan selamat membaca. Walaupun kita akan mati satu saat sekejap lagi, nikmatilah hidup yang indah ini asalkan tidak melanggar batas2nya. Peace yaw. Salam.


4 comments: