Al-Fatihah Abdul Razak (Juliana) & Abdul Majid (Sir Sam)


Ingin ataupun tidak ingin, kita terpaksa untuk menempuh saat ini dimana pada waktu itu tiada apa yang tinggal kecuali air mata kesedihan terhadap pemergian kedua orang tua kita. Mungkin bukan mereka yang akan pergi dulu, mungkin orang yang rapat dengan kita ataupun mungkin diri kita sendiri. Siapa tahu?

Hari ini dan semalam sudah dua orang hamba Allah terpaksa menganggung kesedihan kerana telah kehilangan orang tua yang senantiasa menjadi ketua yang baik kepada keluarga iaitu 'ayah'. Takziah diucapkan kepada Sir Sam yang mengajarku Air Legislation pada semester 3 dan kawan sekelasku yang hampir 2 tahun bersama iaitu Julianna.


Seperti aku, aku sentiasa memandang satu perjumpaan itu sebagai satu perpisahan. Aku tidak tahu kenapa dan mengapa, mungkin ia sudah automatik memainkan perasaan ini dan otakku berfungsi dengan sendirinya untuk memikirkan keadaan itu. Aku rasa sebab itulah aku agak tabah dan cekal dalam setiap perpisahan, mungkin.

Manakan tidak, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap yang bermula ada penamatnya, setiap yang bernyawa pasti akan mati, setiap benda yang ada didunia ini ada due datenya. Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada melanggar fitrah yang telah tercipta dan dicipta ini dan kita semua akan menempuhinya cuma mungkin berbeza situasi dan keadaan.

Ya Allah, andai kata aku orang seterusnya. Kuatkan lah hatiku dan cekalkan lah aku. Tingkatkanlah imanku dan perbetulkan lah jalanku ini terhadapmu yang agak bengkok ini. Senang mulut untuk mengatakan, "Takziah" "Semua yang terjadi ada hikmahnya" "Dah sampai ajalnya, kita pun tak boleh nak bwat apa" "Jangan sedih2, kita berdoa jeklah banyak2" tapi mungkin susah untuk orang itu menerimanya.


Hati yang terluka dibawa arus sedih yang sangat deras dengan pemergian orang tersayang. Punah rasa hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Biarlah masa yang bisa memperbetulkan hati yang telah terluka itu. Setiap luka di hati akan melalui perjalanan yang dinamakan Perjalanan Sembuh. Dan setiap jalan yang dinamakan 'jalan' itu mengambil masa sebab ia mempunyai jarak. Itulah The Healing Journey. Hanya orang yang betul2 kuat dan sabar sahaja yang dapat memalui jalan ini. Semoga engkau Ju berada dalam jalan ini.

Mungkin ibarat mencurah air ke daun keladi apabila aku ingin mengatakan segala perkataan sedih yang dilabelkan ataupun dikategorikan sebagai ucapan takziah tapi hanya itu jugalah yang mampu untuk aku lakukan. Melainkan aku mempunyai kuasa(mukjizat) seperti Nabi Isa untuk menghidupkan orang yang telah pergi.

Kuatkanlah diri engkau, tabahkan lah diri engkau. Jadikan ia sebagai pembakar semangatmu untuk engkau terus maju memintas yang lain. Mungkin itulah harapan terakhir ayahmu untuk melihatmu berjaya. Mungkin dia tidak sempat untuk melihatmu berjaya disini, tapi dia sentiasa melihatmu disana. Aku harap kau tabah menghadapinya dengan cekal. Kami sentiasa berada disini untuk membantu dan berdiri di belakangmu andai engkau hendak terjatuh. be strong.

Al-fatihah: Arwah Abdul Majid dan Arwah Abdul Razak

"Hari-hariku berlalu tanpamu, kau hanya tinggal kenangan.
Tiada lagi senyum dan tawamu, Mewarnai hariku,
Sendiri aku merenung jendela, berharap dikau menjelma.
ANDAIku bisa putarkan waktu, akan ku hapuskan air matamu, ayah


0 comments:

Post a Comment