Reclaiming The Pride!

Bercakap tentang maruah, semua orang ada persepsi masing2 untuk mempertahankan maruah masing2 lagi2 bila maruah kita sendiri dah tercabar & dicabar. Begitu juga kami, Alam Shah TITANS & Alam Shah ALL-STAR yang sudah mula mengorak langkah bagi membuka mata pihak2 tersedia ada bahawasanya kami wujud & mampu untuk sejarah baru!

Pada awalnya, group facebook yang diadminkan dgn admin diktator iaitu aku dibuat dengan niat untuk membangunkan sekolah dengan menurunkan ilmu kepada junior & friendly sesama mereka disamping mengeratkan silaturahim sesama ballers Alam Shah yang lain. Kebetulan pada ketika itu, aku Acap, Afi, Maba, Kimi, Reyzian, Farzan, Radzi, Kucai, & etc baru sahaja tamat persekolahan & kebetulan juga kolej kami berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, langkah inisiatif diambil melalui facebook bagi menyenangkan tugas kami untuk bergather2.

Highlight Reunion Sepanjang 2010:





























(SOURCE: Blog: Pentas Boneka, Facebook: Khusairi Kamarudin, Kucai Kuaci)

Pada ketika itu, hanya batch 2003 ke atas (new century batch) kebanyakannya menyertai reunion kecil ini & suara kami kecil untuk didengari oleh pihak yang berwajib mahupun pihak atasan. Mungkin kuasa & suara kami terlalu kecil & belum cukup kuat untuk didengari. Sehinggakan ada satu masa dimana kami tidak dibenarkan lagi untuk memasuki ke kawasan sekolah untuk bermain & boleh dikenakan tindakan sebagai penceroboh oleh pihak sekolah sendiri. Sedih dihati hanya Tuhan yang tahu. Niat dihati murni ingin membantu tetapi dilabel sedemikian rupa. Tapi itu semua cerita lama.

Tahun baru. Azam baru. Akhirnya 2012 membawa tuah kepada Alam Shah ALL-STAR setelah Abang Zaid 94 telah menyertai group ini dah membawa Alam Shah Legend yang lain seperti Abang Zarim 95 dan etc. Bayangkan lah legend daripada tahun 79 pun ada. Bayangkanlah super senior daripada 1979 hingga ke 2012 datang untuk bermesyuarat & bermain bola keranjang bersama. Ternyata cinta mereka terhadap bola keranjang tiada tolok bandingnya. Tapi kami yang generasi muda ini tak boleh panggil pakcik sbb jatuh status nanti. So, hanya 'abang' dibenarkan haha. Yang tua dihormati, yang muda dijambui. Aku rasa sangat2 old school, bangga dan cool sebab semua akhirnya dapat bersatu menjadi satu atas satu asbab, RECLAIMING THE PRIDE!

Yes! Our pride yang dah lama tercalar, dicalar, dilenyek, dihiris, dihunus, digomel & segala ayat hiperbola yang sesuai dengannya. Dan kami akan bangkit sebagai satu, bermula dari asasnya iaitu ASAS & nadi utama si pejuang2 yang memainkan peranan penting (pemain2 sekarang) yang akan mengembalikan semula martabat Sekolah Alam Shah baik didalam bola keranjang mahupun didalam bidang lain & esp agama.

Highlight Alam Shah ALL-STAR Ditubuhkan, Meeting, Reunion & 'Official' In Alumni & etc:

































(Ada lagi dua video yang ada, ASAS vs SAS Titans Part 1 & ASAS vs SAS Titans Part 2, The Winning Shot. Selamat menonton kepada sesiapa yang ingin menonton.)

Akhirnya, kami berjaya bersatu & semoga ini berkekalan sampai bila2 & akan dipertingkatkan mengikut peredaran masa. Disamping itu, aku juga dapat mempelajari ilmu bola keranjang & menjadi kuat. Kuat bukan dalam bola keranjang tapi dalam segala2nya. Agar aku dapat menempuhi liku2 hidupku yang datang dengan ilmu penuh didada. Sama seperti bola keranjang, bola itu ibarat nyawa, jangan sesekali kita lepaskan bola itu walaupun opponent (halangan) itu terlalu besar mahupun terlampau besar because it's not a matter how big you are, it is matter how big you play. Pastikan nyawa kita dipertahankan sehingga kita mencapai impian kita (score).

Jika ada orang ketuk pintu rumah, lekaslah kita pergi ke pintu rumah untuk lihat siapa tetamu rumah kita yang datang. Jangan sampai orang dah habis ketuk pintu baru kita terhegeh2 mahu bukak pintu. Sama seperti PELUANG, peluang datang ketuk. Cepat2lah kita ambil peluang itu & guna sebaik mungkin dan jangan sesekali lambat & leka kerna mungkin peluang (tetamu) tidak akan datang untuk kali kedua. Renung2kan. Aku adalah Alam Shah & i am so damn proud of it. I will become stronger & so do you Alam Shah TITANS especially.  Together we will, RECLAIMING THE PRIDE! ALAM SHAH IN!



Alam Shah, membimbing satria harapan bangsa.

2 comments: